Kia Eksport 10 Juta Kenderaan

Kia Optima.01

Pada Khamis 24 Mac, Kia Motors Corporation mencatat sejarah apabila eksport globalnya mencecah 10 juta kenderaan. Kereta dengan nombor giliran tersebut ialah Kia Optima berwarna putih mutiara yang dihantar ke AS dari hub utama Kia iaitu pelabuhan Pyeongtaek yang terletak 50 batu dari Seoul.

Di Eropah, fasiliti pengeluaran di Zilina, Slovakia pula mencatat rekod pengeluaran dengan 229,500 kereta dihasilkan pada tahun 2010 iaitu peningkatan sebanyak 52 peratus. Pengeluaran enjin turut meningkat 31 peratus tahun lepas dengan 320,900 unit dihasilkan.

Dengan model baharu seperti Picanto dan Rio, Kia yakin dominasi pasaran mereka akan lebih besar dan menariknya separuh daripada pencapaian 10 juta kenderaan yang dieksport diperolehi hanya dalam 5 tahun kebelakangan ini. Kiranya berpuluh tahun sebelum ini mereka hanya eksport 5 juta. Kemudian melonjak 5 juta dalam masa 5 tahun.

-Mak/d Uia-

Muhammad

7 Comments

  1. klau kia pilihan terakhir kete ats muka bumi ni ,,,gua pilih lrt…sparepart merapu meraban harge…!!!

  2. sbb tu lah naza n the geng sebok nk lupuskan hakat kete2 jepun.diaorg dh kne sound byk ngan korea…bwk msuk kete tp sparepart mhl nk mmpus…side mirror rm600 ape cerite?

Kata Anda//