Khidmat Servis Ekspres Bakal Memudahkan Pelanggan Proton

Logo Proton

Selari dengan komitmen bagi menambah baik kepuasan dan khidmat pelanggan, Proton kini menawarkan kepada pemilik kenderaan upah servis percuma jika servis penyelenggaraan biasa yang dilakukan di pusat servis yang sah melebihi 60 minit.

Di bawah program 60 Minutes Express Service yang baru diperkenalkan, pelanggan bakal menikmati tempoh servis yang lebih singkat selain daripada pemeriksaan kualiti dan keselamatan percuma 18 poin. Pelanggan hanya perlu memeriksa logo 60 Minutes Express Service di pusat servis bagi mengenalpasti pusat servis yang mengambil bahagian.

“Aduan yang kerap diterima ialah tempoh yang terlampau lama untukĀ menservis kenderaan mereka. Ini disebabkan jumlah kenderaan yang perlu diservis pada satu-satu masa. Untuk mengatasi masalah ini, kami kini mempunyai penasihat servis khusus untuk melayan pelanggan, juruteknik khusus untuk menservis kenderaan dan ruang servis khusus,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar Sdn.Bhd, Encik Mohamad Shukor Ibrahim.

Encik Mohamad Shukor berkata program ini turut mensasarkan bagi memperbaiki produktivi dalam operasi servis dan dalam jangka masa panjang akan menarik lebih ramai pemilik Proton untuk menservis kenderaan mereka di pusat servis bertauliah Proton Edar.

Program 60 Minutes Express Servis hanya ditawarkan melalui temu janji daripada Isnin hingga Jumaat daripada pukul 8 pagi hingga 5.15 petang dan hanya untuk servis penyelenggaraan asas serta penukaran minyak pelincir.

Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi Proton i.care di talian 1800-88-0888.

Muhammad

4 Comments

  1. Loan dah dua minggu sain..
    Tp kereta belom dapat.. Pihak proton cal pn tak angkat.

  2. nak tanya…
    betul ke proton ada bg rebat pada pembeli..??
    member sy dapat RM1000 lebih tapi sy tak dapat plak.
    tak paham

Kata Anda//