Kereta Proton Anda Mempunyai Masalah? Hubungi Nombor Ini.

Proton Hotline 2016.03

Pada majlis pelancaran logo baharu Proton baru-baru ini, syarikat pengeluar kereta nasional itu mengakui tentang kelemahan mereka di dalam khidmat lepas jualan. Menyedari kelemahan itu Proton telah dan akan mengambil beberapa langkah seperti pengenalan model baharu, rasionalisasi rangkaian, menaiktaraf pusat khidmat seperti 4S (jualan, servis, stok alat ganti, cat dan pembaikan kemalangan), 3S dan 1S + 2S dan bekerjasama dengan JD Power, sebuah firma yang membuat kajian kepuasan pelanggan. Secara ringkasnya, penambah baikan khidmat selepas jualan adalah seperti berikut:

Proton Hotline 2016.01

1. Outlet servis dibuka 7 hari seminggu

Khidmat ini ditawarkan di 50 outlet servis Proton di seluruh negara. Memandangkan kebanyakan pelanggan Proton terikat dengan jadual kerja, operasi pusat servis ini dijangka dapat menyelesaikan masalah di mana pelanggan tidak perlu mengambil cuti atau keluar pada waktu pejabat. Untuk temujanji, pelanggan boleh menghubungi talian 03-80269 333.

Proton Hotline 2016.05

2. Khidmat pengambilan dan penghantaran 5 km dari pusat servis terpilih

Menambah keselesaan kepada pelanggan, Proton turut menawarkan khidmat pengambilan dan penghantaran kenderaan ke pusat servis. Khidmat ini terbuka kepada pelanggan yang berada sekitar 5 km dari pusat servis Proton dan setakat ini hanya terhad kepada kawasan sibuk sahaja seperti cawangan Mutiara Damansara, Setapak, Bukit Maluri dan Seksyen 13, Petaling Jaya. Proton turut merancang untuk meluaskan lagi khidmat ini di tiga lagi cawangan iaitu COE USJ, Puchong dan Sri Damansara.

3. Servis pantas 80 minit dan jika lebih masa, caj upah adalah percuma!

Servis ini hanya terhad kepada khidmat penukaran minyak hitam sahaja (servis minor) tanpa pembaikan tambahan seperti servis penyaman udara, tayar dan lain-lain. Untuk mendapatkan servis pantas ini, pelanggan perlu membuat temujanji terlebih dahulu sebelum kenderaan di bawa ke pusat servis. Masa 80 minit akan mula dikira sewaktu pendaftaran pelanggan di pusat servis hinggalah kepada pengeluaran invois selepas kenderaan siap diservis. Jika masa melebihi waktu yang ditetapkan, Penasihat Servis akan memaklumkan kepada pelanggan masa baharu dan tiada caj upah dikenakan. Khidmat ini ditawarkan di kesemua 44 cawangan servis Proton Edar Sdn Bhd.

4. Kereta gantian untuk kerja pembaikan melebihi 3 hari

Jika kereta anda mengalami masalah dan memerlukan pembaikan melebihi 3 hari, Proton akan menawarkan kenderaan gantian sementara masalah diselesaikan. Kriteria pemberian kereta gantian adalah seperti di bawah:

  • Masalah enjin, transmisi, sistem brek, sistem elektrikal dan yang berkaitan dengan keselamatan.
  • Kerja pembaikan semula iaitu masalah berulang yang disebabkan oleh produk atau mutu kerja.
  • Kereta baharu dengan perbatuan di bawah 1000km atau berusia di bawah sebulan.

Untuk khidmat ini, Proton menawarkan sebanyak 74 kereta gantian di seluruh negara

5. MY TAXI – Khusus untuk pemandu teksi

Anda mempunyai teksi Proton? Khidmat istimewa ditawarkan untuk anda seperti Penasihat Servis dan hari servis khusus iaitu pada setiap Ahad bermula Mac 2016. Pemandu TEKS1M pula mempunyai kelebihan istimewa seperti di bawah:

  • Diskaun 25% untuk alat ganti (kecuali minyak pelincir).
  • Caj upah sebanyak RM35/sejam berbanding RM60/sejam.
  • Servis prioriti iaitu di dalam tempoh 2 jam (kecuali pembaikan tambahan).
  • Waranti lanjutan selama 2 tahun atau 150,000 km berbanding 100,000 km.
  • Waranti mutu kerja selama 6 bulan atau 10,000 km

Proton Hotline 2016.04

6. Kereta anda rosak secara tiba-tiba? Proton ke tempat anda.

Proton Mobile Breakdown Assist Team telah dilancarkan dan tugasnya ialah membantu jika kereta anda mengalami kerosakan luar jangka. Tim ini akan ke tempat anda dan mendiagnos punca kerosakan dan lebih istimewa ianya tanpa had waktu, selama 24 jam sehari dan 7 hari seminggu. Buat permulaan, sebanyak 24 kenderaan bantuan akan digunakan di seluruh negara dan tambahan 64 lagi kenderaan pada penghujung May 2016.

Proton Hotline 2016.06

7. Proton anda mempunyai masalah, hubungi nombor ini.

Pihak Proton komited untuk menyelesaikan masalah khidmat lepas jualan dan untuk itu Proton menyediakan talian bebas tol sebagai talian utama bagi pengaduan masalah dan temu janji servis. Sebagai bonus, Proton akan membuat peringatan tarikh servis melalui dua kaedah iaitu sms 3 hari sebelum dan panggilan telefon sehari sebelum. Sebagai pelanggan Proton, anda harus menyimpan nombor ini di dalam telefon anda iaitu:

1-800-888-398 

@muhd_gt

Muhammad

Kata Anda//