Kereta Lumba Toyota di SEMA 2010

Toyota Urban Cruiser.02

Sekarang ini di Las Vegas sedang berlangsung SEMA, pameran peralatan kereta yang katanya nombor satu di Amerika. Senang cerita pameran kereta-kereta modifikasi dan paling menarik bukan sahaja disertai oleh penala tetapi juga oleh pembuat kereta. Toyota tidak ketinggalan kapal dengan mempamerkan model yang telah diubahsuai seperti Urban Cruiser, Yaris dan Prius.

Toyota Urban Cruiser.01

Toyota Urban Cruiser spesifikasi rali dibangunkan oleh Majalah 0-60. Bahagian dalamannya ada Sparco, komputer catatan masa, kamera dalaman HD dan rangka keselamatan. Peralatan modifiasi lain ialah suspensi dari Tien, LSD Quaife dan ekzos berprestasi Greddy. Rekaan grafik Urban Cruiser adalah sebagai penghormatan kepada warisan kereta rali dunia Toyota.

Toyota Yaris GT-S Club Racer.02

Majalah SportsCar adalah disebalik Yaris GT-S Club Racer dan kereta ini bukan setakat untuk pameran sahaja tetapi turut menjuarai kelas perlumbaan SCCA [Sports Car Club of America]. Dibangun berdasarkan versi jalanan lima pintu, Yaris GT-S ditogel dan dipasangkan bonet gentian kaca bagi mematuhi berat perlumbaan. Kuasa dari enjin 1.5 liter VVT-i ditingkatkan daripada 106bhp kepada 145bhp dengan beberapa penambahan peralatan prestasi. Pengendalian dijitukan lagi dengan penambahan LSD, tayar perlumbaan dan roda Jongbloed Racing. Nama GT-S ini datangnya kalau sekutu ingat dari Celica GT-S yang banyak memenangi perlumbaan pada era 80 an.

Toyota Prius C&A Custom Concept.02

Toyota Motor Corporation dari Jepun juga tidak mahu kalah kepada penala luar dan mereka memperkenalkan Prius C&A Custom Concept hasil kerja tangan Jabatan Pengubahsuaian dan Aksesori. Niat mereka ialah Prius juga boleh diubahsuai. Modifikasi yang dilakukan ialah badan, pintu, kit badan, bamper yang mana kesemuanya dari gentian kaca dan dilayangkan cat Mystic Lavender. Roda yang digunakan bersaiz 18 inci dan suspensi Tien diguna untuk merendahkan kereta kepada empat inci pada bahagian depan dan enam inci pada bahagian belakang. Dalamannya dilengkapi kerusi Recaro dan kemasan Alcantara. Penampilan di SEMA juga adalah sempena sambutan ulangtahun kesepuluh Prius di Amerika Syarikat.

Sumber: Newspress

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

11 comments

Skip to comment form

    • brianbadboyz on 05/11/2010 at 11:11 AM
    • Reply

    asal pelik sgt prius 2???? dpn dah mcm lexus lf-a

      • kay on 09/06/2016 at 5:27 AM
      • Reply

      lexus pun toyota gak sb tu seakan sama.lexus guna enjin toyota.

    • azwan nbs on 05/11/2010 at 11:21 AM
    • Reply

    yg prius tu lagi cantik…

    • Basikal buruk on 05/11/2010 at 11:21 AM
    • Reply

    Uncle Toyota ni..pandai laaa buat keta cantik2…suspek gua…

  1. prius AB Edition.

  2. wah…vinyl urban cruiser rally tu sgt2 familiar….i loikkeee….

    • 5ruz on 05/11/2010 at 4:08 PM
    • Reply

    Bile proton nak masuk SEMA,bg buka mata sket kat Amercan Mussle 2

    • v00nz on 05/11/2010 at 9:34 PM
    • Reply

    aku minat yaris tuu…kuit sgt…better call yaris cute racer!! awyeahh!!

    • belalang_kontot on 06/11/2010 at 12:22 PM
    • Reply

    lampu depan urban cruiser tu cam alza la…ni mesti die tiru alza ni…hahahahahahahahahahaha (gelak jahat)

  3. yaris mmg cute tapi rega dia supercute ..i like SEMA Chixsss yummyyyyyyy

    • Ahli Politik on 08/11/2010 at 7:37 PM
    • Reply

    aku suke rim sukan warna putih tu…

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.