Kereta Keselamatan F1 Paling Berkuasa!

Mercedes-Benz SLS AMG

Secara serius, perlumbaan F1 kalau tak ada aksi kejar mengejar dan drama lain-lain adalah membosankan. Terutama sekali bila mana kereta bakal juara berada paling depan sekali dan kereta lain jauh di belakang. Dan paling menarik sekali bila pengulasnya cakap Inggeris ala Matpon dengan loghat Yorkshire. Memang tak boleh nak tangkap langsung.

Apa pun selain dari perkara yang saya nyatakan di atas ada lagi yang menarik, contohnya kereta keselamatan F1. Dan untuk perlumbaan pembukaan F1 di Bahrain pada 12-14 Mac kelak, Mercedes akan memperkenalkan kereta keselamatan baru menggantikan SL 63 AMG yang digunakan pada tahun 2008 dan 2009.

Kereta yang akan digunakan ialah Mercedes-Benz SLS AMG. Kereta dengan pintu buka ke atas.

Mercedes-Benz SLS AMG

SLS AMG ini akan dipandu oleh bekas pemandu DTM, Encik Bernd Maylander dan ditemani oleh pegawai FIA, Encik Pete Tibbetts. SLS AMG adalah kereta yang paling sesuai untuk perlumbaan F1, enjinnya berkuasa 571 kuasa kuda dengan tujahan 650 Nm. Enjin 6.3 liter V8 ini mampu membawa badan kereta dari kelajuan pegun hingga 100 km/j dalam hanya 3.8 saat.

Mercedes-Benz SLS AMG

Kehebatan SLS AMG antaranya berjaya dicapai kerana penggunaan kerangka aluminium menjadikan berat keseluruhan kereta sebanyak 1620 kg. Enjin V lapan tersebut dipasang rendah dan menjadikan titik tengah graviti lebih rendah. Nisbah berat depan dan belakang kereta adalah 47:53. Kotak gearnya pula bernama AMG SPEEDSHIFT DCT 7 kelajuan dan apabila diletakkan pada fungsi manual [M], penukaran gear hanya mengambil masa 100 millisaat [milli = 1000].

Mercedes-Benz SLS AMG

Mercedes-Benz SLS AMG

Mercedes-Benz SLS AMG

Saya kelu sebenarnya nak tulis apa sebab kereta ini sangat cool dan cantik. Bentuk macam kereta sekolah lama dengan bahagian depan panjaaaanggg. Klasik.

Sumber: Daimler

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

13 comments

Skip to comment form

    • on February 27, 2010 at 8:52 am
    • Reply

    masti laju n deras ni..patut polis malaysia pki krate ni baru gigil org nk speed kt highway..

    • strokeboi on February 27, 2010 at 9:26 am
    • Reply

    lalala… aku hanya mampu melihat.

    • on February 27, 2010 at 9:28 am
    • Reply

    Ni mau rege berjuta hengget kalo masuk pasaran M’sia…

    • Han on February 27, 2010 at 12:18 pm
    • Reply

    pergh, gilos~

    • pendita_gila on February 27, 2010 at 12:20 pm
    • Reply

    ???????

    • kete_hitam on February 27, 2010 at 1:20 pm
    • Reply

    c200k pon dah cukop….

  1. demm.. sls gull-wing..

    • bawang on February 27, 2010 at 7:43 pm
    • Reply

    nice roadster…

    • kyuuroku on February 27, 2010 at 11:05 pm
    • Reply

    wahh,cam kete merce ayah aq dulu..
    pintu bkak ke atas..
    mmg rare,,fuhh

    • lie on February 28, 2010 at 8:05 am
    • Reply

    wau….nice..i like..

    • on March 1, 2010 at 10:20 pm
    • Reply

    tige ringgit setengah setengah dapat x?????

  2. Ah lu tadi 2 sekrg 3 ringgit mana 1 gua nak percaya. Merc ni tiru Veyron gua syak.

    Dah lama gua tak petik nama Veyron. Gua senyum sampai telinga.

    • power_man on April 5, 2010 at 11:44 pm
    • Reply

    kalu pkai kete neh buat safety car untuk F1…baik safety car neh je yang lombe skali ngan F1 tuh…kalu dah sme laju..huhuhu

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.