Kereta Kehabisan Bateri? Proton Memberikan Panduan Ini Untuk Bantu Mula (Jump Start) Kereta Anda

image

PROTON Holdings Berhad (“PROTON” atau “Syarikat”) ingin menyangkal imej yang tersebar baru-baru ini di media sosial, yang mengesyorkan pengguna Proton untuk tidak melakukan sebarang tindakan bantu mula pada model-model Proton yang tertentu kerana ia akan menyebabkan kerosakan yang teruk kepada Unit Kawalan Transmisi (TCU).

Kami ingin menegaskan bahawa semua kereta boleh melalui tindakan bantu mula.

Walau bagaimanapun, seperti OEM yang lain, kereta-kereta Proton telah dilengkapi dengan sistem elektronik yang sensitif kepada lonjakan kuasa. Kami ingin memberi panduan yang lebih tepat mengenai perkara ini dan untuk memberi jaminan kepada pemilik Proton bahawa penggunaan kabel bantu mula adalah selamat untuk menghidupkan enjin selagi berpandukan langkah-langkah yang betul, seperti yang dinyatakan dalam buku Panduan Pemilik Proton.

image

Berikutan dengan ini, PROTON ingin mengambil kesempatan untuk menjelaskan bahawa prosedur yang betul untuk melakukan bantu mula kereta adalah dengan menyambungkan terminal (+) bateri dari kereta yang membantu kepada terminal (+) bateri kereta yang terjejas. Akan tetapi, terminal (-) dari kereta yang membantu mesti disambungkan ke badan kereta yang terjejas, dan BUKAN di terminal (-) kereta terjejas tersebut. Apabila berasa ragu, selalulah merujuk kepada buku Panduan Pemilik Proton.

Muhammad

Kata Anda//