Keputusan: SuperTaikyu, SUPERGT, WRC [07/09]

Kep070900

Agak lama juga saya tidak menulis mengenai keputusan perlumbaan serata dunia, sememangnya banyak berita menarik dan saya pasti ramai dari anda sudahpun mengetahuinya antaranya Jenson Button yang kini menjadi juara dunia F1.

Jika anda peminat Button dan masih berbangga dengan kemenangannya, simpan dahulu perasaan tersebut kerana ada lagi berita yang lebih menggembirakan untuk rakyat Malaysia. Baru-baru ini pasukan yang ditaja firma negara berjaya menduduki podium di Jepun. Masing-masing berjaya di dalam perlumbaan lasak Super Taikyu pusingan 7 dan SUPERGT pusingan 8 di Autopolis.

Kep0709002

Super Taikyu Endurance Series Pusingan 7, 11/10/09: Sendai Hi-Land Raceway.

Petronas Syntium Team Tempat Ketiga!

Walaupun Petronas Syntium Team mendapat podium tetapi prestasi pasukan tersebut agak ke belakang berbanding keputusan pusingan-pusingan sebelumnya bila mana mereka ‘biasa’ menjadi juara perlumbaan lasak Super Taikyu. Prestasi pasukan Petronas agak baik pada permulaan perlumbaan apabila dua buah BMW Z4M Coupe, kereta no. 1 dan no. 28 bermula di grid pertama dan kedua. Sewaktu perlumbaan, kereta no.1 yang dipandu Masataka Yanagida, Fariqe Hairuman dan Nobuteru Taniguchi menghadapi masalah klac,  walaubagaimanapun kerosakan tersebut tidak menghalang mereka untuk meraih tempat ketiga perlumbaan 400km tersebut dan memperolehi 15 mata.

Sebuah lagi kereta pasukan Petronas iaitu no. 28 turut menghadapi masalah apabila breknya gagal untuk berfungsi dan tiada jalan lain selain bersara awal. Walaupun kedua kereta menghadapi masalah, pasukan Petronas Syntium masih pendahulu kejuaraan dengan kereta no.1 mempunyai kelebihan 16 mata mengatasi pasukan lain.

Pusingan terakhir perlumbaan lasak Super Taikyu akan berlangsung di Motegi pada 28 November depan.

Kep070900200

AUTOBACS SUPER GT Pusingan 8, 18/10/09: Kyushu.

Petronas Pertama! Mutiara Motors Kedua!

Buat pertama kalinya musim ini, pasukan PETRONAS TOM’S berjaya mendapat tempat pertama dalam SUPER GT pada 18 Oktober lepas. Kereta Lexus SC430 yang dipandu Juichi Wakisaka dan Andre Lotterer bermula pada petak keempat sebelum berada di belakang pendahulu perlumbaan, Richard Lyons dari pasukan ZENT CERUMO yang juga memandu Lexus SC430. Persaingan begitu sengit antara 2 kereta dengan jarak hanya 1 saat lebih. Namun segalanya berubah apabila pasukan Petronas berjaya melakukan hentian pit lebih cepat dan kemudiannya berada 2 saat di hadapan Richard. Kemenangan pasukan Petronas dipaku kemas oleh pemandu kedua, Juichi Wakisaka yang memandu dengan konsisten dan bersih melepasi bendera penamat. Kemenangan pasukan Petronas juga turut dibantu secara tidak sengaja oleh ZENT CERUMO apabila mereka dikenakan penalti semasa hentian pit bilamana enjin kereta dihidupkan sebelum jack diturunkan sepenuhnya.

Kep070900105

Kemenangan pasukan Petronas ini bermakna kejuaraan belum layak dihadiahkan lagi kepada pendahulu kejuaraan iaitu Satoshi Motoyama [MOTUL AUTECH GT-R] dengan 78 mata apabila kedua pemandu Petronas iaitu Wakisaka dan Loterer berkongsi 73 mata. Kejuaraan hanya dapat ditentukan pada pusingan akhir pada 8 November depan di Twin Ring Motegi. Andaikata Petronas menang, pastinya Nissan dengan kereta GTR mereka akan malu besar manakala pegawai-pegawai atasan Petronas akan senyum lebar. Boleh jadi SUPER GT musim depan mereka akan berlumba dengan Lexus LFA pula.

Kep070900100

Dalam kelas GT300 pula, sebuah lagi pasukan yang ditaja firma negara iaitu Mutiara Motors berjaya mendapat tempat kedua. Pasukan M7 MUTIARA MOTORS AMEMIYA yang dipandu oleh Nobuteru Taniguchi dan Ryo Orime hanya berlumba dengan tenang dan menduduki tempat ketiga walaubagaimanapun pada pusingan 58, pendahulu tempat kedua iaitu Manabu Orido dengan Lexus IS350 telah terbabas dan secara tidak-suka hatinya telah menghadiahkan kedudukannya kepada Mutiara Motors.

Pastinya keluarga Mutiara Motors di Tebrau, Johor Bahru gembira dengan kemenangan ini. Buat warga Johor, kemenangan ini juga untuk anda.

Kep070900005

WRC Pusingan 12, 25/10/09: Great Britain.

Sebastien Loeb Juara WRC Hanya Dengan Kelebihan 1 Mata!

Jika peminat F1 sibuk dengan Jenson Button, Lewis Hamilton, Kimi Raikkonen dan lain-lain, peminat WRC pula asyik dengan saingan sengit antara Sebastien Loeb dari pasukan Citroen Total WRT C4 WRC dan Mikko Hirvonen dari pasukan BP Ford Abu Dhabi. World Rally Championship [WRC] yang pada saya 10 kali lebih realistik dari Formula 1 [Hello F1 Fans!] dimenangi dengan dramatik oleh Sebastien Loeb hanya dengan 1 mata di hadapan Mikko Hirvonen dengan 92 mata.

Segala-galanya malang buat Hirvonen dalam WRC musim ini apabila dia dirundung pelbagai malang seperti terbabas melanggar tong pasir, tayar pancit dan malangnya bertambah lagi pada pusingan akhir WRC di Britain ini apabila pin bonetnya tercabut menyebabkan bonetnya terangkat dan menutup keseluruhan cermin depan pada SS15, SS kedua terakhir sebelum SS16.

Kemenangan Loeb bermakna beliau adalah juara WRC bukan untuk kali pertama tetapi kali keenam. Yang pastinya musim depan Hirvonen akan berlumba bersungguh-sungguh dan bertambah kuat. Bak kata Loeb, “Mikko is really, really strong and I know that next year he will be even stronger.”

Mak Uia-

Sumber: Crash.net, SUPERGT.net

Silakan kongsi:

22 comments

Skip to comment form

    • dato K on 26/10/2009 at 11:52 PM
    • Reply

    rumah owner mutiara motor tu sblah umah aku kt kampung melayu

    • dato K on 26/10/2009 at 11:53 PM
    • Reply

    aku yg first ker? he he

    • bonot on 27/10/2009 at 12:34 AM
    • Reply

    aku tak minat la dgn supergt ni. wat abih boreh duit rakyat ja. rugi siot, ada bagus kalu diorang taja proton wat supercar ke, baru betoi. tak glamer pulak tu.hehehehehe

  1. tahniah2..ada rezeki taja la gak ngan event2 xberapa besar untuk rakyat2 malaya yg minat prmotoran..

  2. ini berita bagus….

  3. skali skala taja la perlumbaan untuk rakyat marhein macam gua nie.. gua pun teringin jugak nak berlumba di trek. Nie tak, gua nak bayar tiket masuk tgk drag pun da fikir 3-4 kali. Gua harap sukan permotoran bukanlah untuk golongan elit sahaja.

    • shah_mivec on 27/10/2009 at 8:17 AM
    • Reply

    gua mengharap sangat permotoran bukan untuk orang kaya je…

    • lesen_L on 27/10/2009 at 8:25 AM
    • Reply

    ntah,rally lagi best dari F1, tapi takde pulak nak buat kat sini, stakat peringkat asia, felda ada le….aku rasa trek rally kat sini lagi mencabar giler…rally memang realistik,semua part pun boleh taruk dlm keta biasa…F1? cuba le cari part kalu ada…

    • Jamil Butang on 27/10/2009 at 11:04 AM
    • Reply

    F1 dengan rally mana sama bai..engineering lain. mmg la tak jumpe. ada ke KERS dalam kereta rally? haha..

    • lesen_L on 27/10/2009 at 1:26 PM
    • Reply

    memang le…walupun F1 aerodinamik boleh apply kat keta biasa,tapi mengarut le jugak sebab bukan boleh hi-speed…takat kurangkan rintangan angin,drag sikit ada le…realistik sebab kita nampak application in real condition…terbelit lidah aku sebut…ape2 pun hidup sukan bermotor,walupun aku cuma bawak moto kapcai,hehehe
    ok la, F1 ngan rally lain2 engineering punya subjek…kot..aku ni bukan engineer automotif…so sape2 engineer cite le sikit,gua telur je….

    • fauzi on 27/10/2009 at 1:33 PM
    • Reply

    hujung minggu lepas satu acara sukan permotoran peringkat dunia diadakan di sepang pasai apa geartinggi tak buat liputan.tak kan liputan untuk perlumbaan kereta saja kot motosikal ada gear jugak apa?.pelumba dari malaysia dan thailand jugak ada turut serta.Juara dunia jugak dinobatkan pada perlumbaan tersebut,kira perlumbaan bersejarah jugak apa

    • on 27/10/2009 at 1:45 PM
    • Reply

    dato K
    Ye? Ada makwe-makwe tak?

    bonot
    Ntah, ada baik taja gua resing saja. Gua dah mohon hari tu.

    LooLaapALooza
    Ada, lu main motor. Petronas banyak main situ sekarang.

    Firza
    Lagi bagus kalau gua yang pandu. Macamla gua tak laju kan.

    Prodigy
    Nanti gua kaya gua tak taja lu.

    shah_mivec
    Lu nak murah main go kart. Tapi kalau lu beli mahal la juga. Gua ada supply. Lu nak ke?

    lesen_L
    Gua sekarang sibuk dengan kapal layar.

    Jamil Butang
    Kereta ada layar sama macam kapal peranginan gua ke?

    lesen_L
    Memang layar guna untuk rintangan angin, untuk kemudi kapal. Gua nak siap-siap nak pergi resing ni.

    fauzi
    Jemput resing kapal tu biasa-biasa je gua dapat. Moto gua tak reti, ada klac.

    • KumbangKhayal on 27/10/2009 at 2:42 PM
    • Reply

    Xtrac(ini kompeni buat transmisi utk F1 sama Satria Neo S2000) cakap F1 ada jugak bagi sumbangan utk RnD road car.

    dari segi composite contohnya. Rules baru F

    • KumbangKhayal on 27/10/2009 at 2:48 PM
    • Reply

    Xtrac(ini kompeni buat transmisi utk F1 sama Satria Neo S2000) cakap F1 ada jugak bagi sumbangan utk RnD road car.

    dari segi composite contohnya. Rules baru F1 menyebabkan team-team kena develope parts yang tinggi reliability dan durability nya.

    lagi satu, nak jimat minyak, kereta kena ringan. kat sini material utk buat kereta pun main peranan juga.

    Petronas pun ada sponsor sukan permotoran tempatan. Cub Prix ambil contoh.

    Petronas bila mahu sponsor, mesti nak cari market yang besar. Macam SuperGT, JapanGT apa semua, banyak follower diorang.

    sama macam Cub Prix kat Mesia, banyak follower. Maybe Petronas tak nampak lagi market utk rally kat sini. Bila dah besar, ada la nanti dia masuk.

    Ini semua branding. Ye la Petronas kompeni bisnes, bukan kebajikan. Bila sponsor, dia mesti ada pulangan jugak. Nak harap orang Mesia je pun, bukan semua isi minyak Petronas.

    Pasal harga tiket, itu management sesebuah litar yang tentukan.

    • Jamil Butang on 27/10/2009 at 4:21 PM
    • Reply

    matpon

    kete ada layar ini macam.. lu klik kat link di bawah. tp ni sama dengan kapal bikin hangin la..heheh..

    • pendita_gila on 27/10/2009 at 7:03 PM
    • Reply

    mggu ni ada drag…klu harga x trun gak harga gua boikot tros

    • mael on 27/10/2009 at 7:24 PM
    • Reply

    mat..apekate lu tambah 1 lg perlumbaan..lumbe kete selam…haha…

    • keteburuk on 27/10/2009 at 9:40 PM
    • Reply

    sokong sgt pendapat kumbangkhayal
    kita pandai nak komplen je …tapi bila nak sokong…memcm alasan

    • jawas on 27/10/2009 at 11:34 PM
    • Reply

    btol-btol keteburuk…gua sokong lu…
    heheheheheheeee

    • lan on 28/10/2009 at 4:20 PM
    • Reply

    Super Taikyu Endurance tu bukan pasal rosak kt throttle body ke? tu yg dapat no 3

    • bekas student Z2H on 29/10/2009 at 1:08 AM
    • Reply

    mat..lu buat skit artikel pasal NSX-GT yang berlumba dalam Super GT tuh.

    tahun ni last dow…tahun depan dah takde lagi keta ni…

  4. mat gua motor n keta pn layan..janji brkenaan ngan resing n modified..adrenalin feel kt situ..btol la petronas ada taja cubprix pe semua..xperasan lak sbb gua perasan gua hensem..hahahah

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.