Kenderaan Terbaik Euro NCAP 2010

Euro NCAP 2011.02

Baru-baru ini Euro NCAP mengumumkan lima kereta terbaik tahun 2010. Tahun lepas Euro NCAP melakukan ujian pelanggaran untuk 29 buah kereta di mana 65% daripadanya mendapat capaian 5 bintang berbanding 90% pada tahun 2009. Pengurangan 25% ini menunjukkan kriteria untuk mencapai lima bintang pada tahun 2010 lebih sukar.

Euro NCAP 2011.08

Antara kereta dengan hasil ujian terendah ialah Citroen Nemo dengan tiga bintang manakala Landwind CV9 pula hanya mendapat dua bintang. Antara kereta yang mendapat skor tertinggi ialah BMW 5 Series [kategori eksekutif], Alfa Romeo Giulietta [kategori keluarga kecil], Honda CR-Z [kategori supermini], Toyota Verso [kategori MPV kecil] dan Kia Sportage [kategori off-road 4×4 kecil].

Euro NCAP 2011.06

Dalam perkembangan tempatan, negara juga akan mempunyai Malaysia NCAP sendiri dengan makmal ujian di Bukit Katil, Melaka dengan kos RM 5 juta. Sebelum makmal tersebut beroperasi, kerajaan melalui MIROS membuat penilaian keselematan di atas kertas yang dipanggil MyVAP atau dengan nama bahasa penjajahnya ialah Malaysian Vehicle Assesment Programme. Setakat ini Perodua Alza dan Proton Exora masing-masing mendapat empat bintang.

Sumber Euro NCAP: newsmarket

-Mak/d Uia-

Muhammad

5 Comments

  1. klu tuhan nk tarik nyawa tu mane2 je blh mati.bru nk idup injin da mati kne tembak kt pale.dalam kete jgk kan?

  2. alza dapat 4 bintang? yo bro,gua check dalam youtube,test crash alza di miros dengan kelajuan tak lebih 40km,flat separuh bonet,pa dia nih? maksud gua,rendahnya standard malaysia.. exora ye la gua ada tengok dia kena lambong dengan mail lambong

  3. ye ke dok tahu exora dgn alza 4 bintang….pelawok blake….acu g kat euro test crash…xpon jcap…

  4. banggang punya bos…klau mcmtu xpayah mkn minum la…ko mkn pun klau nak mati mati la jg..ko duk je t’sadai kat umah tgu nak mati..

Kata Anda//