Kenderaan Nissan dan Infiniti Kini Didatangkan Bersama 7 Tahun Waranti Dengan Perbatuan Tanpa Had

waranti-7-tahun-nissan-2017-03

Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd. (ETCM) dan Inspired Motor Sdn. Bhd. berbesar hati untuk mengumumkan waranti baru selama tujuh tahun dengan perbatuan tanpa had untuk model-model Nissan dan Infiniti. Tawaran waranti ini adalah sempena ulang tahun ke-60 Tan Chong Group (sejak ditubuhkan pada tahun 1957).

Pengarah Pemasaran dan Jualan ETCM, Christopher Tan berkata, “Tahun ini, kami meraikan ulang tahun Tan Chong Group yang ke-60. Dengan rasa gembira dan bersyukur, kami berbangga untuk mengumumkan tempoh waranti kenderaan yang terbaik di Malaysia.

Kualiti Global Nissan memberi keyakinan kepada Tan Chong Group untuk menawarkan kepada pelanggan kami ketenangan minda, kos penyelenggaran yang rendah dan nilai jualan semula yang lebih baik.”

waranti-7-tahun-nissan-2017-02

Waranti tersebut melibatkan semua model Nissan kecuali pikap Navara yang dihadkan kepada 5 tahun atau perbatuan sejauh 150,000km, manakala bagi kenderaan kegunaan komersial, waranti adalah sama seperti sebelumnya iaitu selama tiga tahun atau perbatuan sejauh 100,000km.

Waranti 7 tahum dikendalikan sepenuhnya oleh Tan Chong Group. Ia boleh dipindahkan kepada pemilik seterusnya dalam tempoh jaminan itu.

Syarat waranti 5 tahun pertama adalah sama dengan waranti 3 tahun pengilang, manakala tahun ke-6 dan ke-7 adalah untuk jaminan enjin, transmisi dan bahagian alat ganti terpilih. Program waranti lanjutan untuk pemilik sedia ada akan ditawarkan tidak lama lagi.  

waranti-7-tahun-nissan-2017-01

Selain itu, ETCM akan menganjurkan Karnival Tahun Baru Cina Nissan yang menampilkan barisan model Nissan dan persembahan Tarian Singa khas. Tarikh dan lokasi Karnival adalah seperti berikut:

Tarikh Masa Wilayah Lokasi
14 – 15 Januari 10am – 8pm Tengah ETCM Petaling Jaya, Selangor
Utara ETCM Ipoh, Perak
Pantai Timur ETCM Kuantan, Pahang
Selatan ETCM Semabok, Melaka
Sabah ETCM Kota Kinabalu, Sabah
Sarawak ETCM Miri, Sarawak

Orang ramai dijemput untuk mengunjungi siri jelajah Tahun Baru Cina Nissan seperti tarikh dan lokasi berikut.

Tarikh Lokasi
3 – 8 Januari AEON Kota Bharu, Kelantan
4 – 8 Januari One Utama, Petaling Jaya
5 – 8 Januari East Coast Mall, Kuantan
6 – 8 Januari Kluang Mall, Johor
6 – 8 Januari Center Point, Kota Kinabalu
6 – 15 Januari Alamanda Putrajaya, Selangor
8 – 14 Januari Tesco Kota Bharu, Kelantan
10 – 15 Januari AEON Klebang, Ipoh
17 – 23 Januari Boulevard, Kuching
Silakan kongsi:

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.