KENDERAAN KOMERSIAL RINGAN NISSAN BAWA PASUKAN JUARA EMPAT KALI KEJOHANAN DUNIA FORMULA ONE, INFINITI RED BULL RACING TEAM PADA ACARA MALAYSIA GRAND PRIX 2014

during the Infiniti Red Bull Racing filming day at the Bahrain International Circuit on March 3, 2014 in Bahrain, Bahrain.

KUALA LUMPUR, 28 MAC 2014 – Untuk tiga tahun berturut-turut, Nissan menjadi pembekal rasmi Kenderaan Komersial Ringan (LCV) buat pasukan juara empat kali Formula 1, pasukan Infiniti Red Bull Racing Team pada perlumbaan Formula 1 Petronas Malaysian Grand Prix 2014.

Edaran Tan Chong Motor (ETCM) akan terus menyediakan LCV Nissan kepada pasukan demi memenuhi keperluan pengangkutan mereka sepanjang acara yang bakal berlangsung di Malaysia pada minggu ini.

Sebanyak lapan kenderaan, masing-masing dua buah Nissan Urvan, Nissan Serena, Nissan Navara dan Nissan NV200 dipilih menjadi kenderaan untuk mengangkut peralatan serta para kakitangan.

Pengarah Pemasaran dan Perancangan Produk ETCM, Tan Keng Meng berkata, “Ini merupakan tahun ketiga kami menyokong pasukan Infiniti Red Bull Racing Team. Kami berbesar hati untuk menyediakan Kenderaan Komersial Ringan (LCV) Nissan sebagai sokongan logistik buat pasukan ini di Sepang. Nissan Urvan, Nissan Serena, Nissan Navara dan Nissan NV200 yang menawarkan prestasi, versatiliti dan kemudahan mengagumkan memang ideal untuk operasi perlumbaan pasukan. Kami berbangga kerana dikaitkan dengan pasukan yang memenangi kejuaraan.”

Menurut Ketua Pasukan Infiniti Red Bull Racing, Christian Horner, “Kerjasama selama dua tahun dengan Nissan LCV telah memberi pelbagai manfaat yang signifikan kepada pasukan kami. Ia juga membuktikan nilai hasil kerjasama dengan rakan kenderaan komersial ringan. Salah satu cabaran terbesar yang kami hadapi adalah untuk menguruskan operasi logistik yang kompleks melibatkan aspek pengangkutan krew dan peralatan. Bagi tahun 2014, kami gembira kerana boleh terus bekerjasama dengan Nissan LCV.”

Muhammad

Kata Anda//