Karnival Alami Proton Kini Kembali

12068915_1004260532930765_843720859934580214_o

Karnival Alami Proton kembali lagi pada tahun ini yang memberi peluang kepada masyarakat untuk melihat sendiri keupayaan pengeluar kereta nasional itu. Seperti tahun lepas, karnival itu dilangsungkan di Pusat Kecemerlangan Proton (COE) di Shah Alam bermula dari pukul 10 pagi hingga 7 malam pada 3 – 4 Oktober. Masuk adalah percuma dan Proton telah menyediakan pelbagai acara yang bersesuaian dengan semua peringkat umur.

Sempena sambutan Ulangtahun ke-30 Proton, pelanggan juga ditawarkan pelbagai pakej menarik seperti rebat istimewa dan tukar beli yang tinggi untuk pembelian kereta Proton. Pengunjung juga boleh memandu uji pelbagai kereta Proton seperti Saga, Persona, Prevé, Suprima S, Exora dan model terbaru yang dilengkapi ciri keselamatan dan praktikal iaitu Iriz.

Selain daripada itu, pengunjung juga diberi peluang untuk menaiki tram atau kereta yang disediakan untuk melawat bangunan Penyelidikan dan Pembangunan untuk melihat sendiri bagaimana sesebuah kereta dihasilkan bermula dari percambahan idea, lakaran dengan perisian seterusnya diterjemahkan kepada model tanah liat sehinggalah kepada pengeluaran sebenar. Pengunjung juga boleh menyaksikan kehebatan dan keselamatan kereta Proton di kawasan Gymkhana.

Proton turut menyediakan permainan dan pertandingan untuk orang awam dan kawasan khas untuk aktiviti kanak-kanak seperti pertandingan mewarna, cat muka, seni pasir, trek pemanduan dan pelbagai aktiviti lain untuk memenuhi masa mereka.

Vendor Proton turut mengambil bahagian yang mempamerkan keupayaan mereka bukan setakat sebagai pembekal kepada Proton malah kepada syarikata antarabangsa lain.

Silakan kongsi:

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.