Jualan Proton Naik Lagi Pada Bulan Oktober 2017

PROTON mencatatkan lonjakan 13% untuk rekod jualannya pada Oktober 2017 dengan 5,083 unit berbanding 4,498 unit kereta pada September 2017. Prestasi jualan ini menyaksikan kenaikan 6% untuk bulan Januari – Oktober 2017 dengan jumlah keseluruhan jualan sebanyak 61,380 unit berbanding 57,734 unit pada tempoh yang sama tahun lepas.

Saga dan Persona, menjadi pilihan utama

Saga dan Persona terus menguasai trend jualan apabila kedua-duanya menyumbangkan 70% kepada keseluruhan jualan kereta Proton, dengan 26,343 unit Saga dan 16,833 unit Persona terjual.

Terkenal sebagai Kereta dengan Nilai Terbaik*, Saga terus kekal sebagai model pilihan utama di kalangan pemilik Proton.

Dari harga serendah RM35,590.29** untuk varian Standard 1.3L sehingga RM44,342.25** bagi varian Premium CVT 1.3L, Saga baharu ini menawarkan pemanduan yang hebat, lebih lancar, penggunaan bahan api yang lebih menjimatkan dan mempunyai ciri-ciri moden yang memberikan lebih keselesaan seperti tiga Port USB untuk pengecasan telefon bimbit dan set set audio yang hebat.

Dari segi keselamatan pula, Saga telah dinaiktaraf kepada 4 Bintang oleh ASEAN NCAP dengan varian varian Premium yang memiliki ciri-ciri seperti ESC, ABS, EBD, kawalan cengkaman, bantuan brek, sistem kawalan cerun, beg udara, ISOFIX dan tambatan atas (top-tether), dengan sensor di seluruh bahagian kereta.

Proton Persona yang menerima anugerah sebagai Kereta Kompak Terbaik*** selepas ianya dilancarkan telah memperlihatkan kenaikan 57.5% tahun sehingga kini, dengan jumlah jualan sebanyak 16,833 unit berbanding 10,687 unit pada tempoh yang yang sama tahun lepas.

Perubahan yang dilakukan pada Persona generasi baharu ini telah menarik perhatian para peminat Proton kerana kereta ini bukan sahaja mempunyai reka bentuk yang baharu, malah mempunyai ruang but sebesar sebesar 510 liter, menjadikannya pilihan di kalangan pelbagai jenis pelanggan.

Persona memberikan kepelbagaian personaliti personaliti di mana ianya sesuai untuk pelajar kolej, suri rumah, eksekutif muda, keluarga kecil mahupun bagi mereka yang yang berjiwa aktif.

Dengan harga bermula dari RM44,831.09**, pemilik Persona dapat memiliki kereta yang bertaraf 5 Bintang Bintang oleh ASEAN NCAP, dengan sensor di seluruh bahagian kereta, ESC, ABS dengan EBD, Bantuan Brek, Sistem Kawalan Cengkaman dan bantuan kawalan cerun sebagai ciri-ciri standard bagi semua varian.

Kereta Proton sebagai Juara Keseluruhan di Sepang 1000km Race 2017

Kereta Proton juga menjadi pilihan utama di kalangan pemandu perlumbaan kereta. Diketahui umum memiliki ciri-ciri pemanduan dan pengendalian yang sangat baik, kereta Proton juga merupakan sebuah jenama yang tahan lasak dan boleh boleh dipercayai kerana mampu melalui keadaan melampau di perlumbaan yang memerlukan ketahanan selama 9 jam.

* Anugerah oleh MAI Car of the Year 2016
** Harga tidak termasuk insurans dan cukai jalan
*** Anugerah diterima pada Anugerah Pilihan Pengarang Carsifu 2016

Silakan kongsi:

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.