Jualan Hibrid Honda cecah 800,000

Mungkin ramai yang tidak tahu, ataupun konon-konon macam tahu, Honda merupakan pengeluar pertama di dunia yang memperkenalkan kereta hibrid dan Honda Insight generasi pertama telahpun diperkenalkan pada November 1999.

Honda yang kini mempunyai 7 model hibrid di 50 buah negara dengan 22,000 unit model hibrid telah terjual di UK sementelah model hibrid pertama Honda dijual bermula tahun 2000. Menurut laporan penjualan hibrid Honda untuk seluruh dunia bagi tahun 2011, dianggarkan sejumlah 200,000 telah terjual dimana jualan bagi tahun 2011 meningkat sebanyak 30% berbanding tahun 2010. Dan sepanjang tiga tahun lepas, penjualan kereta hibrid Honda telahpun melebihi 500,00 unit.

Di Jepun sendiri, penjualan kereta hibrid ini melebihi 45% daripada kereta biasa milik Honda yang lain yang didaftarkan dengan JPJJ [Jabatan Pengangkutan Jalan Jepun] bagi bulan Disember 2011. Manakala untuk penjualan hibrid Honda di Malaysia, maaf gua takde rekod apa-apa lagi. Tapi berdasarkan pemerhatian mata kasar di ibu kota, memang tak susahlah nak tengok Insight atas jalan. CR-Z yang segak itupun gua dah terserempak beberapa kali.

Sumber: Newspress

-C27-

 

 

Silakan kongsi:

3 comments

    • Eddy9910 on 01/02/2012 at 1:01 PM
    • Reply

    JPJJ… kah…kah…

    • belalang_kontot on 01/02/2012 at 10:19 PM
    • Reply

    baii da blk ke dari TAS?dulu die penah guna perkataan JPJJ…hehehe…

    • perdanaburuk on 01/02/2012 at 10:25 PM
    • Reply

    Nampak klakar je insight kaler ijau tu. X nampak resing lgsg der. Design ala2 cari mkn je ni.

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.