JEEP GRAND CHEROKEE SRT – JEEP Paling Laju dan Pantas Dibina!

Berbelas tahun dahulu jenama Jeep dari Amerika Syarikat (AS) banyak di atas jalan raya tempatan. Model paling popular ialah Cherokee dan Wrangler. Tidak bertahan lama, jenama tersebut terus pudar dan yang tinggal hanyalah model-model terpakai di laman web jual-beli barangan. Mungkin dek kerana pengeluarnya hanya menfokuskan kepada enjin sesaran besar menjadikannya tidak mesra poket pembeli untuk mengisi minyak dan membayar cukai jalan tahunan. Tambahan pula rakyat tempatan lebih gemar kepada jenama Jepun berbanding jenama negara lain. Harus tahu, Toyota Hilux sudah lama menjuarai carta jualan jenama asing terlaris di dalam negara.

Jenama Jeep di luar negara masih beroperasi, pasarannya masih lagi ada untuk ditawarkan model baharu. Varian terbaharu Jeep ialah Grand Cherokee SRT dengan penampilan agresif dan maskulin. Roda aloinya besar sungguh iaitu bersaiz 20 inci, badannya direndahkan manakala interiornya pula diinspirasikan daripada stail perlumbaan. Dakwa Jeep, Grand Cherokee SRT adalah varian yang paling mantap pengendalian dan pemanduannya hasil daripada penggunaan suspensi Active Adaptive dan sistem kawalan cengkaman (traction) Selec-Track dengan lima jenis mode dinamik. Sistem pacuan 4X4 nya dikoordinasikan oleh transfer case Quadra-Trac Active on Demand dengan bahagian belakang mempunyai Electronic Limited-slip Differential (ELSD). Untuk pemberhentian berkesan, Grand Cherokee SRT dipasangkan brek Brembo dengan ABS empat roda.

Model SRT itu turut didatangkan dengan spesifikasi tinggi yang dijadikan sebagai peralatan standard. Cermin surianya terdiri dari dua tetingkap manakala sistem multimedia pula terdiri daripada sistem navigasi dan maklumat hibur (infotainment) Uconnect Navigation dan sistem audio canggih surround sound system berkuasa 825 watt daripada jenama Harman Kardon. Sistem audio tersebut disokong oleh 19 pembesar suara dan satu subwoofer yang juga daripada Harman Kardon. Untuk pemanduan yang lebih selamat, turut dipasangkan ialah Adaptive Cruise Control yang berfungsi untuk mengekalkan jarak selamat dengan kenderaan di hadapan. Masih tidak cukup, Jeep memasangkan sistem Forward Collision Warning yang memberi amaran ancaman objek atau kenderaan di hadapan dan Blind Spot Detection yang mampu mengesan objek pada kedua-dua belah sisi kenderaan. Rear Cross-path detection pula berfungsi untuk mengesan objek di belakang kenderaan yang mana amat membantu sewaktu mengundur kenderaan keluar dari petak parkir.

Bab paling seronok sekali bila bercerita tentang kenderaan AS ialah saiz enjinnya. Jeep Grand Cherokee SRT dikuasakan oleh enjin serba baharu HEMI bersesaran 6.4 liter V8. Bandingkan dengan Perodua Kancil, berapa kali ganda saiz enjin itu dan berapa pula penggunaan minyaknya. Namun kata Jeep, enjin HEMI tersebut mempunyai teknologi Fuel Saver yang mematikan empat daripada lapan silinder apabila kuasa penuh tidak perlukan untuk memastikan penggunaan minyak yang efisyen dan pengurangan emisi. Output kuasa enjin V8 itu pula ialah 461bhp dengan 624Nm tork yang dipadankan dengan transmisi automatik lima kelajuan. Lagak jentera litar dan mengikut trend semasa, paddle shifter dipasangkan pada stereng. Cerita kuasa enjin belum habis lagi tanpa data prestasi dan model SRT itu mampu mencapai pecutan dari pegun kepada kira-kira 100km hanya dalam masa lima saat sahaja manakala kelajuan maksimumnya pula ialah 257.5km/j. Mungkin untuk lebih bertanggung jawab, Jeep turut memasukkan data prestasi brek iaitu dari kira-kira 100km/j hingga sifar hanya memerlukan 116 kaki untuk dihentikan sepenuhnya.

Jeep Grand Cherokee SRT adalah sebuah pakej yang menggabungkan gayaan yang eksklusif, kefungsian (functionality), kebolehan pada jalan normal dan off road dengan penampilan sporty dan berprestasi tinggi yang dibangunkan oleh pasukan Street and Racing Technology (SRT) kumpulan Chrysler. Suka untuk saya kongsi, falsafah SRT dalam membina kenderaan terdiri dari lima prinsip utama iaitu fungsi, stail berorientasikan perlumbaan, interior yang diinspirasi daripada perlumbaan, pengendalian dan pemanduan yang cemerlang, prestasi brek yang bagus dan terakhir sekali enjin yang mengagumkan. Untuk harga, di UK Grand Cherokee ini boleh dibeli pada harga GBP58,995 atau kira-kira RM293,000. Sebenarnya Grand Cherokee SRT ini bukanlah SUV yang pelik untuk kita kerana di Kuala Lumpur atau bandar-bandar besar lain sudah ada jip Hummer. Itu pun dari AS dan spesis enjin besar juga!Berbelas tahun dahulu jenama Jeep dari Amerika Syarikat (AS) banyak di atas jalan raya tempatan. Model paling popular ialah Cherokee dan Wrangler. Tidak bertahan lama, jenama tersebut terus pudar dan yang tinggal hanyalah model-model terpakai di laman web jual-beli barangan. Mungkin dek kerana pengeluarnya hanya menfokuskan kepada enjin sesaran besar menjadikannya tidak mesra poket pembeli untuk mengisi minyak dan membayar cukai jalan tahunan. Tambahan pula rakyat tempatan lebih gemar kepada jenama Jepun berbanding jenama negara lain. Harus tahu, Toyota Hilux sudah lama menjuarai carta jualan jenama asing terlaris di dalam negara.

Jenama Jeep di luar negara masih beroperasi, pasarannya masih lagi ada untuk ditawarkan model baharu. Varian terbaharu Jeep ialah Grand Cherokee SRT dengan penampilan agresif dan maskulin. Roda aloinya besar sungguh iaitu bersaiz 20 inci, badannya direndahkan manakala interiornya pula diinspirasikan daripada stail perlumbaan. Dakwa Jeep, Grand Cherokee SRT adalah varian yang paling mantap pengendalian dan pemanduannya hasil daripada penggunaan suspensi Active Adaptive dan sistem kawalan cengkaman (traction) Selec-Track dengan lima jenis mode dinamik. Sistem pacuan 4X4 nya dikoordinasikan oleh transfer case Quadra-Trac Active on Demand dengan bahagian belakang mempunyai Electronic Limited-slip Differential (ELSD). Untuk pemberhentian berkesan, Grand Cherokee SRT dipasangkan brek Brembo dengan ABS empat roda.

Model SRT itu turut didatangkan dengan spesifikasi tinggi yang dijadikan sebagai peralatan standard. Cermin surianya terdiri dari dua tetingkap manakala sistem multimedia pula terdiri daripada sistem navigasi dan maklumat hibur (infotainment) Uconnect Navigation dan sistem audio canggih surround sound system berkuasa 825 watt daripada jenama Harman Kardon. Sistem audio tersebut disokong oleh 19 pembesar suara dan satu subwoofer yang juga daripada Harman Kardon. Untuk pemanduan yang lebih selamat, turut dipasangkan ialah Adaptive Cruise Control yang berfungsi untuk mengekalkan jarak selamat dengan kenderaan di hadapan. Masih tidak cukup, Jeep memasangkan sistem Forward Collision Warning yang memberi amaran ancaman objek atau kenderaan di hadapan dan Blind Spot Detection yang mampu mengesan objek pada kedua-dua belah sisi kenderaan. Rear Cross-path detection pula berfungsi untuk mengesan objek di belakang kenderaan yang mana amat membantu sewaktu mengundur kenderaan keluar dari petak parkir.

Bab paling seronok sekali bila bercerita tentang kenderaan AS ialah saiz enjinnya. Jeep Grand Cherokee SRT dikuasakan oleh enjin serba baharu HEMI bersesaran 6.4 liter V8. Bandingkan dengan Perodua Kancil, berapa kali ganda saiz enjin itu dan berapa pula penggunaan minyaknya. Namun kata Jeep, enjin HEMI tersebut mempunyai teknologi Fuel Saver yang mematikan empat daripada lapan silinder apabila kuasa penuh tidak perlukan untuk memastikan penggunaan minyak yang efisyen dan pengurangan emisi. Output kuasa enjin V8 itu pula ialah 461bhp dengan 624Nm tork yang dipadankan dengan transmisi automatik lima kelajuan. Lagak jentera litar dan mengikut trend semasa, paddle shifter dipasangkan pada stereng. Cerita kuasa enjin belum habis lagi tanpa data prestasi dan model SRT itu mampu mencapai pecutan dari pegun kepada kira-kira 100km hanya dalam masa lima saat sahaja manakala kelajuan maksimumnya pula ialah 257.5km/j. Mungkin untuk lebih bertanggung jawab, Jeep turut memasukkan data prestasi brek iaitu dari kira-kira 100km/j hingga sifar hanya memerlukan 116 kaki untuk dihentikan sepenuhnya.

Jeep Grand Cherokee SRT adalah sebuah pakej yang menggabungkan gayaan yang eksklusif, kefungsian (functionality), kebolehan pada jalan normal dan off road dengan penampilan sporty dan berprestasi tinggi yang dibangunkan oleh pasukan Street and Racing Technology (SRT) kumpulan Chrysler. Suka untuk saya kongsi, falsafah SRT dalam membina kenderaan terdiri dari lima prinsip utama iaitu fungsi, stail berorientasikan perlumbaan, interior yang diinspirasi daripada perlumbaan, pengendalian dan pemanduan yang cemerlang, prestasi brek yang bagus dan terakhir sekali enjin yang mengagumkan. Untuk harga, di UK Grand Cherokee ini boleh dibeli pada harga GBP58,995 atau kira-kira RM293,000. Sebenarnya Grand Cherokee SRT ini bukanlah SUV yang pelik untuk kita kerana di Kuala Lumpur atau bandar-bandar besar lain sudah banyak jip Hummer. Itu pun dari AS dan spesis enjin besar juga!

Newspress

@muhd_gt

Silakan kongsi:

1 comment

    • Mad Oren on 12/07/2012 at 12:14 AM
    • Reply

    ku ingat sudah pupus ini jeep..ader lagi rupanya….ahai…….

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.