Italdesign Giugiaro Sekarang VW Punya!

DB2010AL00734

VW bercita-cita tinggi, pada 2018 mereka mensasarkan untuk menjadi pengeluar kereta terbesar dunia. Untuk mencapai sasaran tersebut antara strateginya ialah beli saja mana firma automotif yang perlu. Jalan singkat untuk memperoleh ilmu dan menguatkan organisasi. Dan ‘lauk’ terbaru VW selepas Suzuki ialah firma desain, Italdesign Giugiaro [IDG]. Ironinya ialah VW gagal untuk berkerjasama dengan Proton dan Italdesign adalah rakan strategik tak rasmi Proton di mana desain Emas dan Persona baru dibangunkan firma tersebut. Dan ini bermakna VW mempunyai akses terhadap kedua model baru Proton tersebut.

DB2010AU00616

Pegangan Italdesign dibeli oleh Lamborghini, subsidiari Audi sebanyak 90.1% manakala baki 9.9% dipegang oleh keluarga Giugiaro. Kerjasama IDG dengan VW sudah lama berlangsung iaitu sejak 70 an lagi dengan rekaan pertama Golf Mark 1 dan seterusnya konsep Passat pertama, Scirocco dan terbaru famili Up!

“Setiap titis menjadi lautan bila ianya mengalir ke laut, kami adalah titisan tersebut” kata Giorgetto Giugiaro yang mengasaskan firmanya pada tahun 1968.

Foto: VW

-Mak Uia-

Matpon: Hari Ini Dalam Sejarah. Bugatti pun VW punya. Hoh hoh hoh.


Silakan kongsi:

8 comments

Skip to comment form

  1. so..adakah proton akan tarik balik prototaip kereta tu kerana tak secara langsung VW ada ‘touching’ kat situ?

    • h369 on May 26, 2010 at 8:07 am
    • Reply

    nanti adalah design proton yg terbaru ala ala iras vw ek

    • on May 26, 2010 at 8:54 am
    • Reply

    Tamak betul VW nih kan?…Mane tau kot2 nnt proton pkai enjen VW plak…hahaha…

    • speed on May 26, 2010 at 9:28 am
    • Reply

    tapi aku rasa design tu mesti proton dah amik hak cipta so if volks nak dia kena mintak kat proton.

    tapi volks ni memang best semua dia nak sebat haha kalau boleh semua automotive company kat dunia dia nak !

    • fird on May 26, 2010 at 10:30 am
    • Reply

    SKANG ORG TAMAK SLALU UTG!

    • bimmer on May 26, 2010 at 3:05 pm
    • Reply

    bgi saya mmg bijak kpale hotak puak VW ni , dia x nk grab bleh proton , dia bleh grab jgak yg reka dsign proton , hensem bnar ke proton hngga VW tergila gila

  2. enti semua jgn lupa lah lepas ini solat isyak

    • jeremy on May 26, 2010 at 11:23 pm
    • Reply

    who said deal with is over

    http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/proton-vw-deal-in-the-works-again/

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.