IRC Belgium 2011: Proton Menamatkan Perlumbaan Yang Mencabar

IRC Belgium 2011.01

Proton berjaya menamatkan perlumbaan rali Geko Ypres di Belgium yang mencabar pada hujung minggu lepas. Perlumbaan yang merupakan pusingan Intercontinental Rally Challenge [IRC] itu dilangsungkan di dalam permukaan litar yang basah dan licin. Walaupun dengan keadaan demikian, pelumba Proton iaitu P-G Andersson menduduki tempat ke-19 di antara 61 kereta yang berjaya menamatkan perlumbaan iaitu separuh daripada 124 keseluruhan kereta yang bersaing. Rali itu juga menyaksikan 31 buah kereta jenis S2000 turut sama bersaing.

Kedua-dua pemandu Proton iaitu Giandomenico Basso dan P-G Andersson pada mulanya tidak jauh ketinggalan di belakang pelumba 10 teratas walau bagaimanapun kemalangan yang dihadapi membantutkan usaha mereka. Berusaha keras pada hari kedua untuk merapatkan jurang, perlumbaan Basso walau bagaimanapun terhenti pada SS7 apabila beliau melanggar dinding batu yang tidak kelihatan disebalik rumput yang tinggi. Andersson pula bermula pada hari kedua di tempat ke-18 kemudiannya menginjak ke tempat ke-11. Cabaran Proton bagi menghadapi tentangan daripada Skoda, Peugeot, Ford, Mini dan Abarth akhirnya cacat apabila Andersson terbabas pada baki akhir rali dan kemudiannya sekadar berpuas hati di tempat ke-19.

Rali Geko Ypres yang berlangsung dengan jarak 287km pada permukaan aspat dimenangi oleh Freddu Loix dengan kereta Skoda Fabia S2000. Bryan Bouffier yang memandu Peugeot 207 S2000 di tempat kedua manakala Hans Weijs dengan kereta Skoda Fabia S2000 di tempat ketiga.

Silakan kongsi:

4 comments

Skip to comment form

  1. kurang bernasib baik nampaknyer

    • jelapangPadi on 27/06/2011 at 3:15 PM
    • Reply

    s2000 tu kategori ke?apsal semua pkai kod tu….

  2. Mak/d UIA : Apsal dah 2 hari takde posting ni?

  3. bahaya kereta rally ni mau kena ISA keh keh keh

Leave a Reply to sepatCancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.