Inspira: Proton Rancang Tiga Tahun Lepas!

Proton Inspira.14

Kita sedia maklum yang Inspira datangnya dari Mitsubishi Lancer. Oleh sebab itu ada yang mempertikai kenapa Proton perlu undur ke belakang dengan tidak menghasilkan desain sendiri. Kritikan memang sentiasa ada, ada desain sendiri pun kena kutuk dan ambil desain orang juga dikutuk. Hakikatnya pembuat dunia lain pun membuat jenama semula demi kelangsungan bisnes, kalau ikut kepala sendiri dan tidak ikut kehendak pasaran lama-lama boleh lingkup. Sudah berapa banyak syarikat automotif yang ditelan oleh syarikat besar lain atau pun terpaksa menamatkan riwayatnya.

Proton Inspira.11

Seperti yang saya baca semalam dan ingin kongsi dengan sekutu, menurut pengurus projek Inspira Zulkifli Bidin, model pengganti Waja telah dirancang untuk dibangunkan secara bersama dengan Mitsubishi Motors tiga tahun lepas. Di bawah projek ini kedua syarikat akan membangunkan kereta dengan gayaan sendiri seperti yang mereka buat dahulu pada Waja. Kalau sekutu ingat chasis projek tersebut dikongsi oleh tiga syarikat iaitu Proton, Mitsu dan Volvo.

Disebabkan kemelesatan ekonomi, Proton menarik diri dan Mitsu teruskan projek tersebut dengan mengeluarkan Lancer. Kini disebabkan Lancer sudah ada lebih afdal untuk Proton menambahbaik model yang sedia bagus tersebut dan Mitsu membenarkan Proton mengusik Lancer dengan syarat tidak pada ciri-ciri utama. Dengan kepakaran Proton dalam pengawalan dan pengendalian mereka menambahbaik dengan merubah rating suspensi dan sesendal [bushing] menjadikan kereta lebih selesa manakala penggunaan palang anti oleng yang lebih tebal menjadikan Inspira lebih stabil pada selekoh.

Proton Inspira.12

Ciri-ciri lain yang diubah ialah pada aerodinamik [bampar depan] untuk lebih pengudaraan pada enjin, jurang perapatan badan dikurangkan daripada 3mm kepada 2.5mm, menambahbaik bunyi, getaran dan kasaran [NVH] seterusnya menjadikan kabin Inspira lebih senyap.

Proton turut menghantar lima buah Inspira ke Jepun untuk diuji ciri-ciri keselamatannya dan bagi memastikan standard kualiti dipatuhi Mitsubishi menempatkan jurutera mereka di kilang Proton di Shah Alam. Paling menarik apabila pegawai kanan Mitsubishi sendiri mengakui penalaan Proton dalam menambahbaik pengendalian dan keselesaan Inspira.

Senang kata Inspira bukan setakat tukar logo.

-Mak Uia-

ps: Kepada sekutu yang mahukan lebih gambar harap sabar menanti. Menunggu emel daripada Baii.

Muhammad

34 Comments

  1. Org yg komen mengata kan model Inspira ni terlalu dkt dgn Lancer. Diaorg bandingkan dgn wira dan saga

  2. betul tu salem.. aku sokong ko.. alah membeli menang memakai..
    aku xbape bekenan kalau byk parts dituka (vendor tempatan).. aduh.. konpem xbekualiti.. sometimes, brand is much important

  3. PROTON not just rebadging , they also plan by next year the components produced in Malaysia will export to other countries, particularly in Thailand,for Mitsubishi models.They also has target to increase the local components in the Inspira to 60% within a year from 40%.Imagine how much they will make profit if MMC used this part for their original lancer (using 60% parts from PROTON).Maybe MMC interested to improve their lancer ride and handling since PROTON had improve it for inspira.

  4. Bagi org yang berkemampuan memang citarasa tinggi, mana nak pakai barang tempatan..tak ada klass bro…tapi bagi org kebanyakan dapat pakai keta biasa pon dah amat bersyukur utk balik kampung bawak keluarga jalan2 hujung minggu…aku hanya mampu pakai basikal buruk aje bro…..

  5. padahal Proton hebat gak sebenarnya..ramai orang bajet tau sume bnda, kutuk2 Proton,muahaha…tpi nak buat macam mana,mampu pakai kuda je..

  6. jgn nak pkir sgt pasal kutukan x membina tu….
    cerita snang la bro… tindakan tu yg penting

  7. eden dah koba
    ekau xmau donga

    GT
    BLM Facelift
    gapo huduh bebeno lampu belakang
    lampu depan pon kedaung haaaa…

  8. mulut tempayan leh tutup…
    mulut orang takleh tutup…

    aku bangga jadi anak malaysia, aku bangga dengan produk malaysia…

  9. aku bangga jd anak malaysia…
    aku yakin produk malaysia bkualiti kerana aku orang malaysia yg akn mlakukan kerjadgn sgt bkualiti…
    sape yg suker ckp barang malaysia x bkualiti.. dier adlh salah sorang yg ske wat keje cincai boncai….

  10. hihi…klu korg mmpu bli kete luar negara..xpayahla nk mnunjuk2 yg korg mmpu bli selain kereta nasionl kt cini…
    Tuhan mbenci hambaya yg mndabik dada…klu mmpu, diam2 jela..
    ade baik lg, bg moral support pada kmi yg xmmpu nih….pedaa….

  11. btol2…kalo mampu beli lancer,kalo xbeli inspira jer…pastu convert…kalo xmampu beli kete,pkai moto jer,duk diam2…

  12. gua pun pakai keter rebadge aka myvi tapi gua sendiri cuma nak highlight adakah inspira ni boleh kategorikan sbg kereta nasional kalau component adalah 75% diimport masuk ler enjin? although Lotus fine tune the suspension but still Proton is refining it not designing .. nampak kan?

    i am not bashing proton..gua tabik proton ada good relation dgn MMC tapi after almost 30 years in the industry.. still nak rely kat diroang lagi ker? dont claim this as business strategy to gain profit but take a look in different perspective.. people have given their blessing in disguise hoping that one day Proton will establish it’s own branding.. mcm waja.. we are talking about billions of investment jo.. tapi end product still we are turning back to the predecessor, MMC.

    mcm gua cakap dlm nota2 gua sebelum ni.. DO NOT QUESTION my patriotism towards the country.. just because i dont feel its right doesn’t mean that i am against the country policy..i am just one of the millions taxpayers who just doing my part to clear up those decision planners of what the consumers are hoping at..

    again.. tq.

  13. lebih afdal&molek bawak proton Inspira dari pakai kereta proton waja,wira,iswara yang kehulu kehilir pakai bodykit evo10 fiber ntah hape2

  14. hahahaha karem ..memang betui kata kau..

    memang lebih afdal kalo pakai inspira dari bawak waja ke hulu ke hilir pakai bodykit evo…

    satu lagi lebih afdal kalo kata inspira kereta nasional.. berbanding mengatakan myvi tu lebih nasional sebab myvi 100% ciplak.. inspira sekurang kurangnya banyak penambahbaikan dari segi prestasi yg dibuat proton..

  15. mcm mana nak ckp AFDAL apa pun jenis kereta di claim buatan malaysia sebagai kereta nasional kalau design dan teknologi dia sendiri bukan dari orang kita? hehe tolong laa jawab .. gua mushkil ni.. sila elaborate nationalism itu sendiri ..tq

  16. Nak kata 100% ciplak tak bolehla bro.member aku bagi’cukup sifat & akhlak’ myvi dia jadi toyota passo habis 10ribu.kalau sama 100% tak pyh la nak buat apa2.Perodua ‘downgrade’ interior kereta2 dia dari segi warna plastik/fabrik,design,aksesori.Kat luar sah2 la design x sama.Yg beli kereta perodua ada 2 golongan.golongan pertama yang terima kereta perodua seadanya atau tak tau langsung perkaitan antara Perodua-Daihatsu or wujud saudara ‘kembarnya’ di jepun.golongan kedua manusia mcm aku yg terlebih tahu kekurangan itu & ini pada kereta perodua berbanding kereta daihatsu.So niat pun memang lain dah.Tu yang tgn gatal sgt tu nak modified kereta perodua

  17. relax… jgnla mrah…ni bkn masalah kongsi kejuruteraan ke..desiner proton dh kering idea ke…RnD Proton mlas ke..BUKAN!!
    ni msalah nk cover blik duit Plaburan JUTA2 RnD yg proton dh labur kt gen2, Saga BLM, neo, enjin cps, exora, EV, Hybrid, campro turbo(bkn sikit duit nk guna tuu…).. dorg nk boost up dorg pnye simpanan duit, supaya ble wat lbih lg RnD msa akn dtg, ssb tu dorg wat QUICK Rn dengn rebage lancer(contoh..Austin martin CYGNET= Toyota IQ.. Mitsubishi I-miev = Citroen C-Zero) (persona R..new ptform..akan dtg..dalm masa tu, xnk bg pengguna bosan ngn variant proton)..
    ni bkn stratgi nk mlmahkn proton.. sory la abg…sya hnya insan yg lmah pengetahuannya….

  18. proton champion..ok la tu 1 batch je refining balik..yg lain truskan dgn 100% from proton RnD..exora..blm..pesona..gen gen..nak tambah variasi keta bg korang byk pilihan skit sambil save duit untuk next project..tapi yg tololnya tlg le stop production perdana..bli br 100k..pakai 2 tahun dah hilang 50k..geyyla..

    so to proton..buat keta champion macamana pun kalu vendor buat taik mmg korang akan hancur..so jg kualiti elok2 woit..

    aku pakai 2 keta..volvo s40 Vs waja…semua volvo menang kecuali…handling…waja lg champion..sgt2 champion..!!

    viva proton..pi mampuih vendor kroni bodo

  19. aku tnya slsemen rega 79k tu x tmsuk o troad lg.. msuk o t road tmbah lg 3k lebih kot..
    menyesal lh sape beli lencer baru dulu..
    klu nk jual lencer second mesti bwh 80k lh jwbnye

  20. inspira terbaiekk. dgn kos rendah dpt hasilkan talaan lebih baik dari mitsubishi. dgr2 mitsubishi nak amik inspira utk rebrand jadi lancer sebab kos murah dan berkoliti.

Kata Anda//