Infiniti Memecahkan Rekod Jualan Global 2015

Infiniti Q50 2016.01

Hong Kong/Detroit – Infiniti memecah rekod jualan pada tahun 2015 dengan mencatatkan jualan global sebanyak 215,250 unit, peningkatan sebanyak 16% berbanding dengan tahun sebelumnya. Secara keseluruhan, Infiniti telah mencecah rekod jualan terbaik di keempat-empat rantau pemasaran global Infiniti – Amerika (Amerika Syarikat, Kanada, Mexico, Amerika Latin), EMEA (Eropah, Timur Tengah dan Afrika), China, dan A&O (Asia dan Oceania) – dan juga kebanyakan pasaran individu.

Disember 2015 merupakan bulan terbaik dalam sejarah Infiniti dengan hasil jualan melebihi 23,100 unit kereta, mencecah 17% peningkatan berbanding dengan Disember tahun lalu. Kini, Infiniti telah mencapai pertumbuhan dari tahun ke tahun selama 16 bulan berturut-turut.

“Infiniti berjaya mencipta rekod baru pada tahun 2015,” kata Roland Krueger, Presiden Infiniti Motor Company. “Keputusan jualan yang cemerlang ini disebabkan barisan produk yang kukuh, perkhidmatan pelanggan yang unggul, dan rangkaian pengedar kami yang komited. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pelanggan di seluruh dunia yang menjadikan Infiniti sebagai satu pembelian yang mereka yakini, dan juga rakan niaga kami atas perkhidmatan pelanggan yang cemerlang.”

Di Amerika, Infiniti telah berjaya menjual sebanyak 147,600 unit kenderaan dalam tahun 2015, peningkatan sebanyak 14%. Amerika Syarikat sekali lagi menjadi rantau jualan terbesar Infiniti, mencatat jualan 133,500 unit kenderaan dalam tahun 2015, dengan kenaikan 14%. Kanada, Mexico dan Amerika Latin juga mencipta rekod baru, di mana hasil jualan Infiniti di Kanada meningkat 10% kepada 11,300 unit kenderaan. Hasil jualan Infiniti di Mexico meningkat 23% kepada lebih daripada 1,800 unit kenderaan. Infiniti Amerika berjaya menjual 16,300 unit kenderaan dalam Disember baru-baru ini, dengan peningkatan 24% berbanding dengan tahun lalu, sekali gus mencatat rekod bulanan terbaik dalam sejarah Infiniti di rantau tersebut. Amerika Syarikat dan Mexico juga memecah rekod jualan baru dalam bulan Disember lalu.

Di China, iaitu rantau jualan kedua besar Infiniti, sekali lagi mencatatkan rekod baru tahunan. Dalam tahun 2015, Infiniti berjaya menjual 40,200 unit kenderaan, dengan peningkatan sebanyak 34% berbanding dengan tahun 2014. Dalam pasaran keseluruhan automotif yang lembap, Infiniti muncul menjadi kenderaan jenama premium yang berkembang paling pesat di China selama dua tahun berturut-turut, dan merupakan satu-satunya jenama yang meningkat lebih daripada 30%. Infiniti berjaya menjual lebih daripada 4,200 unit kenderaan dalam Disember untuk julung kalinya dalam sejarah Infiniti, peningkat sebanyak 27%.

Di Eropah Barat, Infiniti telah berjaya mencecah hasil jualan paling tinggi dalam sejarahnya pada tahun 2015 dengan 7,000 unit kenderaan, peningkatan sebanyak 45% berbanding dengan tahun 2014. Pada bulan Disember 2015, Infiniti juga mencecah hasil jualan 700 unit kenderaan dengan peningkatan 16% berbanding dengan bulan Disember 2014 yang lalu. Di Timur Tengah pula, lebih daripada 8,300 unit kenderaan Infiniti dijual dalam tahun 2015, iaitu meningkat sebanyak 18% berbanding dengan tahun 2014, menjadikan Infiniti salah satu jenama yang berkembang paling pesat di rantau itu. Di rantau A&O (Australia, Korea, Taiwan dan pasaran lain) pula, Infiniti berjaya menjual 5,700 unit kenderaan dalam tahun 2015, peningkat sebanyak 22% berbanding dengan tahun 2014. Hasil jualan bulan Disember mencecah hasil jualan paling tinggi dalam sejarah Infiniti dengan jualan sebanyak 720 unit kenderaan atau peningkatan sebanyak 90%.

Disember adalah bulan yang luar biasa bagi Infiniti di Korea, di mana jenama tersebut mencatat rekod sejarah dengan 450 unit kenderaan, meningkat sebanyak 177% berbanding dengan Disember tahun 2014. Dalam tahun 2015, Infiniti berjaya menjual kira-kira 3,000 unit kenderaan di Korea, meningkat sebanyak 7% berbanding dengan tahun lalu. Jualan Infiniti di Malaysia pula, telah meningkatkan sebanyak 32% berbanding dengan tahun yang lalu.

Daripada segi model pula, Q50 sekali lagi menjadi kenderaan paling laris Infiniti. Jumlah jualan 78,800 pada 2015 (bagi Q50 dan Q50L) menandakan peningkatan sebanyak 44%, diikuti dengan QX60 (54,800) dan QX80 (19,300). Kesemua model ini telah mencatat rekod untuk satu tahun.

Infiniti Q30 2015.02

Barisan Produk Utama

Infiniti kini melancarkan strategi serangan dengan pengenalan produk utama. Tahun lepas, syarikat tersebut memperkenalkan Q30 padat aktif di Pameran Motor Frankfurt 2015. Pengeluaran kereta ini telah bermula di Sunderland, United Kingdom, dalam bulan Disember. Model baru ini menandakan penyertaan kali pertama Infiniti ke dalam segmen kompak premium yang semakin berkembang pesat. Ia menawarkan pakej teknologi komprehensif yang dapat menambah pengalaman pemanduan di samping memberikan keselamatan maksimum kepada semua penumpang. Baru-baru ini, Q30 telah menerima taraf maksimum 5 bintang oleh organisasi keselamatan kenderaan bebas, Euro NCAP, sekali lagi membuktikan pendekatan keselamatan lanjutan Infiniti.

Infiniti QX30 aktif crossover premium mengadakan penampilan perdana globalnya di Pameran Motor Antarabangsa Los Angeles dan Guangzhou secara serentak pada bulan November. Pengeluaran QX30 akan bermula pada suku pertama tahun 2016. Kedua-dua Q30 dan QX30 akan memainkan peranan penting dalam merealisasikan rancangan pertumbuhan global Infiniti.

Tambahan lagi, Infiniti telah memperbaharui QX60 crossover premium yang serba boleh untuk tahun 2016. Perubahan-perubahan dan peningkatan teknologi telah diperkenalkan bagi meningkatkan reka bentuk luaran dan pemanduan dinamik, serta keselesaan, kemudahan dan keselamatan kereta tujuh tempat duduk ini.

Sedan sports Infiniti Q60 tahunan 2016 juga dilancarkan dengan beberapa peningkatan teknikal yang ketara termasuk enjin V6 turbo-berkembar serba baharu yang mampu menawarkan kuasa sehingga 400hp. Q50 bukan sahaja dilengkapi dengan senarai lengkap inovasi yang termaju, malah ia juga merupakan peneraju teknologi dalam segmennya.

Infiniti Q60 serba baharu ini telah membuat penampilan perdananya di Pameran Automotif Antarabangsa Amerika Utara di Detroit, sebagai satu tanda pengembangan rangkaian produk Infiniti. Coupe sports premium ini menggabungkan reka bentuk ekspresif dengan prestasi yang menyeronokkan lagi dinamik, di samping menawarkan pemanduan peribadi dan memuaskan dengan sokongan teknologi yang inovatif.

Pengembangan Global

Q30 adalah penyertaan julung kali Infiniti ke dalam segmen kompak premium; Ia juga merupakan kenderaan pertama yang dibina di Eropah bagi jenama tersebut. Sebagai sebahagian daripada pelan perkembangan globalnya, Infiniti semakin memperluaskan jejak pengeluarannya. Kenderaan Infiniti kini dibina di Jepun, Amerika Syarikat, China dan United Kingdom.

Reka bentuk Infiniti yang berani telah diterima dengan baik oleh pemerhati industri dan pelanggan dari seluruh dunia. Untuk mengukuhkan lagi keupayaan reka bentuk, Infiniti telah memperluaskan rangkaian reka bentuk globalnya kepada empat studionya yang bertempat di Atsugi-Shi (Japan), London (UK), San Diego (Amerika Syarikat) dan Beijing (China).

“2015 adalah tahun yang sungguh cemerlang bagi Infiniti kerana kami berjaya mencapai banyak pencapaian penting. Semua pasukan dalam pasaran telah melakukan tugas dengan cemerlang,” kata Krueger. “Berdasarkan pada pencapaian-pencapaian ini, kami akan maju mulai tahun 2016, serta meneruskan hasrat kami dalam mengubah Infiniti kepada jenama automotif premium di peringkat antarabangsa.”

Silakan kongsi:

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.