Infiniti Melancarkan QX70S – RM470,000

Infiniti QX70S 2015

Infiniti melancarkan QX70S dengan gaya SUV yang lebih unggul dengan warna krom gelap untuk menyerlahkan lagi penampilan SUV premium itu. Saduran warna krom gelap digunakan pada hiasan di bahagian gril, keliling lampu kabus, liang-liang udara sisi, sisi pintu dan pintu but, sekali gus menyerlahkan kontur badan yang tegap dengan kemasan teknikal yang melengkapkan ciri-ciri menggoda QX70S. Lampu hadapan dilengkapkan dengan kemasan kabus asap yang baru, manakala roda aloi 21 inci 6-spoke berwarna hitam untuk dipadankan dengan rel bumbung dan cermin sisi yang berwarna hitam.

Tema rekabentuk QX70S dilanjutkan ke bahagian kabin dengan kemasan lakuer hitam pada konsol tengah dan jahitan ungu di tempat duduk, stereng, tempat letak tangan dan panel pintu. Dengan peralatan mewah yang standard dalam versi QX70S serba baru ini, ciri-ciri mewah kabin QX70S telah dipertingkatkan, sementara tumpuan dan kawalan pemandu masih dikekalkan.

Kuasa, tindak balas dan ketangkasan adalah ciri-ciri pemanduan QX70S. Pemanduan QX70S terbukti atas jalan yang berliku dan mencabar. Enjin V6 yang sangat berkuasa, dikendalikan secara seimbang dengan Continuous Damping Control (CDC), stereng yang peka dan kawalan gear. Kawalan gear dibantu oleh penganjak pedal magnesium Infiniti pada turus stereng menjamin kepuasan setiap kali memandu.

Infiniti QX70S 3.7L dipasarkan pada harga RM470,000 (pendaftaran persendirian) dan dipamerkan Pusat Infiniti di The Icon, West Wing No. 1, Jalan 1/68F, Jalan Tun Razak, pada 10am – 7.30pm.

Muhammad

Kata Anda//