INFINITI M35h: SALOON HIBRID MEWAH

KUALA LUMPUR, Malaysia (26 April 2012) – Cadangan pasaran yang unik dan menjadi penanda aras baru dalam aspek kuasa dan kecekapan, model Infiniti M35h mampu menghamburkan kuasa sehingga 360hp daripada teknologi hibrid generasi baharu untuk membawa falsafah jenama Inspired Performance ke tahap tertinggi. Pada masa yang sama, Ia menawarkan penjimatan bahan api dan emisi CO2 yang menerajui kelasnya.

“Bagi tahun 2012, rangkaian kenderaan mewah dan berprestasi Infiniti akan diperkukuhkan menerusi pengenalan model hibrid yang paling pantas memecut di dunia, iaitu M35h. Tidak ketinggalan, model M25 yang ditawarkan pada harga kompetitif. Ia menggunakan enjin 2.5L V6 yang menekankan aspek kemewahan, keselesaan, peralatan yang lengkap dan keseronokan memandu,” kata Pengurus Besar Inspired Motor, Christopher Tan.

“Kami yakin bahawa penambahan rangkaian model mampu meningkatkan lagi tarikan Infiniti kepada para pembeli kereta mewah, selain daripada membawa hospitaliti yang memberi sepenuh perhatian yang amat terkenal dengan jenama Infiniti.”

Harga di atas jalan (OTR) tidak termasuk insuran ialah:

  • Model
  • Infiniti M25
  • 2.5-liter V6 / 7 kelajuan automatik
  • RM 350,000
  • Infiniti M37
  • 3.7-liter V6 / 7 kelajuan automatik
  • RM 425,000
  • Infiniti M35h
  • 3.5-liter V6 dan motor elektrik / 7 kelajuan automatik
  • RM 499,000

Infiniti M35h merupakan model pertama yang mengguna pakai lencana Infiniti Direct Response Hybrid daripada pengeluar automotif mewah terbaharu Jepun. Teknologi generasi baharu ini menggunakan pendekatan tanpa kompromi terhadap prestasi pemotoran mewah yang membolehkan M35h melangkaui spektrum prestasi – daripada kesenyapan, emisi sifar ketika dipandu di bandar sehinggalah kecekapan ultra sewaktu meluncur di lebuh raya, selain pecutan sebuah kereta sport dan maklum balas terbaik di jalan yang mencabar.

Menawarkan hamburan kuasa gabungan enjin petrol/elektrik sehingga 360hp, jentera empat pintu ini menggabungkan kecekapan bahan api dan pelepasan rendah berdiri penelitian dari mana-mana petrol, diesel atau saingan hybrid. Dari segi prestasi, M35h adalah lebih laju berbanding pesaing-pesaing yang berenjin enam silinder. Dengan catatan pecutan 0-100km/j cuma 5.5 saat serta tahap penggunaan bahan api rasmi NEDC (New European Drive Cycle) yang menggabungkan pemanduan di bandar dan lebuh raya sebanyak 14.5km/l serta emisi CO2 162g/km, teknologi Infiniti tampil sebagai contoh terbaru pembangunan teknologi hibrid. Ia nyata lebih pantas dan menjimatkan berbanding para pesaingnya walaupun kosnya sedikit mahal.

M35h ialah jentera hibrid sepenuhnya. Ia dipasang dengan enjin V6 dan motor elektrik yang mampu berfungsi dalam mode bersiri atau selari, sekali gus membolehkan kereta digerak menggunakan tenaga elektrik, petrol atau gabungan kedua-duanya. Terima kasih kepada enjin V6 dengan ciri penyahgandingan, motor elektrik penuh kuasa (68bhp) dan pek bateri lithium-ion yang sangat responsif. Ciri-ciri itu membolehkan Infiniti Direct Response Hybrid melakukan lebih lagi berbanding sistem hibrid lain, sama ada di bandar mahupun di lebuh raya. Ujian-ujian menunjukkan bahawa M35h boleh dipandu lebih jauh, lama dan pada kelajuan lebih tinggi semasa menggunakan kuasa elektrik berbanding model-model hibrid yang ada di pasaran sekarang. Dalam ujian-ujian yang dilakukan di Amerika Syarikat (AS), Infiniti M35h mampu dipandu dalam mode elektrik sahaja sehingga 50 peratus daripada masa ujian ketika melalui jalan-jalan yang merangkumi lebuh raya dan kesesakan jalan raya di bandar.

Ciri-ciri utama sistem hibrid tersebut adalah penggunaan satu elektrik motor supaya tidak memberatkan kenderaan, tiada torque converter bagi mengurangkan kerugian mekanikal, prestasi linear dan rasa pengendalian yang konsisten. Terima kasih kepada hantaran kuasa enjin petrol/elektrik yang lancar kepada roda belakang yang meningkatkan tahap maklum balas untuk keseronokan memandu sepenuhnya. Penggunaan transmisi tujuh kelajuan automatik sepenuhnya meningkatkan lagi tarikan M35h.

Sebagai tambahan, M35h dilengkapi dengan stereng kuasa elektrik dan sistem janaan semula hybrid baharu yang inovatif. Paparan hibrid pada papan pemuka pula menunjukkan aliran tenaga. Sementara sistem bunyi amaran ketika kenderaan dipandu perlahan (Approaching Vehicle Sound for Pedestrians, VSP) merupakan yang pertama dijadikan sebagai ciri standard ke atas mana-mana kereta hibrid. VSP mengeluarkan bunyi yang tidak mengganggu dengan kenyaringan berbeza bergantung kepada kelajuan kenderaan sehingga 30 km/j untuk membantu memastikan keselamatan pejalan kaki dan pengguna jalan raya lain apabila M35h bergerak dalam mode elektrik yang senyap.

Model saloon M menawarkan asas sempurna kepada teknologi penting ini. Hanya dipisahkan oleh lencananya, M35h berkongsi tubuh aerodinamik yang tersendiri dan tiada bandingan (Cd: 0.26), di samping ruang kabin luas sama seperti model M37. Dibina berasaskan kepada platform FM (Front-Midship), M35h memberikan kualiti pengendalian yang jitu dan digabungkan dengan keselesaan pemanduan yang ditala untuk laluan di negara Eropah.

Turut menawarkan pengalaman pemilikan lima bintang oleh Infiniti, setiap M35h dilengkapi dengan peralatan standard tertinggi. M35h hadir bersama sistem keselamatan termaju, kemewahan, kemudahan serta sistem komunikasi/hiburan yang boleh diperolehi di mana-mana sahaja.

Peralatan M35h

  • Upholsteri kulit mewah semi-anilina
  • Tempat duduk hadapan dengan ciri kawalan suhu berudara
  • Kawalan suhu Forest AirTM
  • Sistem bunyi keliling Bose® Premium dengan 16 unit pembesar suara
  • Kemasan kayu Japanese White Ash berkilat bersama kemasan perak
  • Lampu hadapan jenis Bi-Xenon yang menggunakan sistem AFS (Adaptive Front-lighting System) sewaktu membelok bersama alat pembersih
  • Kotak Muzik Pacuan Cakera Keras Infiniti (Hard Disk Drive Infiniti Music Box) dengan pembaca cakera padat dan sambungan USB/iPod®

Infiniti M25: Prestasi Mewah Kini Lebih Mudah Diperolehi

Penambahan model M25 baharu ke dalam rangkaian model M Sedan membuatkan gabungan unik di antara prestasi dan kemewahan kenderaan Infiniti lebih mudah menarik para pembeli kereta mewah di Malaysia.

Walaupun M25 merupakan model Infiniti paling mampu dimiliki setakat ini, ia tidak berkompromi mengenai aspek prestasi dan kemewahan. Dikuasakan oleh unit enjin V6 bersesaran 2.5 liter DOHC 24 injap, ia berupaya menghasilkan kuasa sehingga 218hp dan tork 243Nm. Enjin itu dipadankan dengan transmisi automatik tujuh kelajuan. M25 yang berpacuan roda belakang ini menetapkan penanda aras pecutan 0-100km/j dalam tempoh 8.5 saat sahaja, selain mampu mencapai kelajuan sehingga 231km/j.

Secara visualnya, tidak banyak yang membezakan di antara model M25 dengan M35h Hybrid berprestasi tinggi dan M37 kerana semuanya dipasang dengan rim aloi aluminium bersaiz 18 inci bersama tayar berprestasi bersaiz 245/50 R18. Senarai peralatan standard yang ekstensif termasuklah Drive Mode Selector, Active Noise Control, Adaptive Front lighting System (AFS) dengan lampu yang dilaras secara automatik, kunci pintar (Intelligent Key) dengan ciri kemasukan tanpa kunci, butang penghidup enjin, bumbung moon-roof kaca, tempat duduk dibalut kulit dan kemasan kayu yang menjadi signatur Infiniti.

Infiniti M Line 2012 ditawarkan dalam enam warna: Platinum Graphite, Malbec Black (hitam), Storm Front Grey (kelabu), Liquid Platinum, Black Obsidian (hitam) dan Moonlight White (putih).

Muhammad

2 Comments

  1. ok.. harga dia kereta ni boleh beli sebiji teres 2 tkt kat area U9 Shah Alam

    harga mira saya bersamaan sebutir harga Nuovo LC –

    sekian

Kata Anda//