IIMS 2010: Proton Exora President!

Proton Exora President.001

Proton Exora sentiasa menarik perhatian saya, model ini bagi saya adalah kemas dan produk yang sesuai pada harga dan masa. Sejak dari hari pelancaran lagi saya dah tertarik dengan 2 model khas iaitu Prestige dan Prime dan sekarang ini pembeli boleh mendapatkan Exora 25 Tahun dengan bamper hitam yang tak nampak racing langsung tetapi dalaman yang mewah dan cantik ataupun Exora MC tanpa bamper hitam tersebut. Selain dari itu rim Exora MC memang cun, ala-ala VW Scirocco.

Proton Exora President.004

Seperti yang dijanjikan kelmarin, ini adalah Proton Exora President yang dipamerkan di Indonesia International Motor Show [IIMS]. Model ini kelihatan lebih ekstrem, sesuai dengan nama President, kerusi penumpang barisan kedua dibuang dan digantikan dengan kerusi eksekutif dan kemudiannya TV LCD dipasang di belakang kerusi pemandu. Di Indonesia modif begini adalah biasa.

Dan sempena IIMS juga Proton Exora President memenangi Best MPV Dress UP dari Car & Tuning Guide Magazine.

Foto: Proton Indonesia

-Mak Uia-

Muhammad

22 Comments

  1. dlm dgn luar ezora ni cun ar…
    klau proton wt smua model kete cam ezora ni kn bgus….

  2. nyampah aku tgk exora…atau pn kete malaysia..buat kete di malaysia pasang pn kt malaysia..kenape mesti nk jual mahal2 utk rakyat malaysia?????myvi SE 1.3 sampai 53K harganye…kete xlah best pn…kecik plk tu..kenape mesti mahalllllll?????

  3. alahai blank…
    klu xsuke, xpyh la bace post ni…
    bace je pasal VW ke, merc ke…

  4. Sokong la produk buatan Mesia…kalo bukan rakyat Mesia nak sokong sape lagi…ye dok…

  5. biler lagi proton& produa nak buat kereta rakyat 1malaysia,hargapun kenalah dgn harga rakyat fikir fikirkan

  6. cantik gila exora ni..saya pon pakai exora putih jgk.. body kit da ada cume nk tuko sport rim mcm kat pic ni la..x tahan tgk..smart giler..lg satu yg kat dpn lampu dia tu ada mcm eyeliner..ada jual x ek?sbb tanye kat kdai lum ada lg utk exora..member pon buat sndiri…

  7. baruu beli sblum raya..kena mercum bola pun dah pecah cermin .npk cntk tpi x dak kualty.

  8. gler la lu mat pon…
    klo buggati wt mpv cmne rupanya..ade cm lrt pakai letrik??

Kata Anda//