Hyundai Sante Fe: Gayaan Storm Edge

Hyundai Motor Company, pembuat kereta terbesar Korea Selatan baru-baru ini telah membuat pelancaran perdana model terbaharu mereka, Santa Fe di New York, Amerika Syarikat. Model terbaharu yang diposisikan di dalam segmen D SUV itu menerima penggayaan baharu luar dan dalam serta dilengkapi dengan ciri-ciri dan teknologi baharu selain daripada enjin yang telah ditala semula untuk lebih penjimatan.

Hyundai masih lagi mengekalkan nama Santa Fe bagi memastikan kesinambungan produk untuk generasi ketiga SUV mereka. Hyundai dengan jayanya mencatat jualan kumulatif global Santa Fe sebanyak 2.56 juta unit dan lebih 350,000 unit di Eropah sejak debut pertamanya pada tahun 2000. Hyundai menjangkakan model terbaharu ini akan terus mengukuhkan cengkaman mereka di pasaran SUV dan bercita-cita untuk meraih lebih dari 5% segmen pasaran itu di Eropah pada tahun pertama penjualan iaitu pada tahun 2013.

Dipengaruhi dengan bahasa rekabentuk Hyundai yang terkenal iaitu Fluidic Sculpture, generasi ketiga Santa Fe mempunyai konsep rekabentuknya yang tersendiri iaitu Storm Edge. Konsep tersebut mengambil gambaran dinamik dan kuat pergerakan alam semasa proses pembentukan ribut. Dengan garisan-garisan yang diperhalusi dan sofistikated, ciri-ciri tersebut kemudiannya diharmonikan dengan permukaan yang jelas dan beralun di mana hasil akhirnya menjadikan Santa Fe baharu tampak lebih maskulin, agresif dan berkarakter berbanding model terdahulu. Gayaan Storm Edge yang dibawa Hyundai nampak lebih matang berbanding tema Fluidic Sculpture seperti yang terdapat pada model Sonata dan Tucson.

Kedua-dua model itu walaupun mendapat pujian ramai dan sambutan global yang hangat namun tema tersebut nampak ‘sibuk’ pada permukaan badan kereta. Ianya seperti subjek lukisan pada zaman sekolah rendah dahulu di mana jika kertas lukisan penuh dengan objek-objek dan warna-warna maka tinggilah markah yang diberi. Sedangkan seni tidak semestinya perlu kalut dan sibuk begitu, ada seni yang cantik dengan konsep minimalis, matang atau tersirat. Dengan konsep Storm Edge, perekanya berjaya menampakkan Santa Fe baharu lebih matang, tenang dan tidak mengenal waktu (timeless).

Untuk pasaran Eropah, Hyundai bakal menawarkan tiga varian enjin termasuk enjin baharu 2.0 liter R VGT diesel yang katanya sangat efisien. Enjin yang mematuhi piawaian Euro 6 itu berkuasa 150ps dan hanya mengeluarkan 155g/km CO2. Enjin 2.2 liter diesel pula telah ditala untuk lebih efisien yang menjadikannya antara enjin terbesih di dalam segmen dengan emisi CO2 hanya 145g/km.

Bagi memastikan Santa Fe baharu kena dengan citarasa pemandu Eropah, banyak kerja-kerja pembangunan dilakukan untuk model benua tersebut. Antaranya ialah modifikasi pada stereng, suspensi, brek dan tidak ketinggalan setup untuk pemanduan pada kelajuan tinggi dan keupayaan untuk menunda.

Naib Presiden Senior dan Ketua Pegawai Operasi Hyundai Motor Europe, Allan Rushforth berkata, “Model Santa Fe sebelum ini berjaya mencatat jualan yang bagus dari tahun ke tahun di Eropah hasil daripada kombinasi kualiti, praktikaliti dan nilai. Dan kini Santa Fe baharu masih lagi mengekalkan ciri-ciri utama tersebut kepada pelanggan di samping banyak lagi ciri-ciri baharu.

“Dengan rekaan luaran yang segar, enjin yang lebih efisien, lebih selesa dan berkualiti, Santa Fe baharu merupakan suatu tarikan berdasarkan kejayaan model sebelumnya dan dilebarkan lagi oleh keterampilan emosinya.

Hyundai mensasarkan Santa Fe untuk menarik pelanggan-pelanggan baharu dari demografik yang lebih besar temasuklah pemilik SUV jenama premium. Cita-cita Hyundai tersebut bukan bahan gelak tawa memandangkan mereka sudah ada buktinya.

Newspress

-Md Uia-

Muhammad

5 Comments

  1. gua punya mira L5 4wd (dah tercabut JPJ tak bagi) JDM kehkehkeh..compare to myvi + m6 .. gua still rasa mira ni best lah.. ptg ni ingat nak basuh mira dah seminggu duduk bawah pokok tak gerak ..ishh

  2. abis nak beli ‘MIRA’ ori rege lutut naik kepala.. kehkehkeh alaa CM PUNK zaman ni semua nak instant ..gua mampu lahirkan instant jugaklaa.. sib baik nyawa mira gua tu bukan instant kehkehkeh

Kata Anda//