Hyundai i40

Hyundai i40.01

Hyundai semalam mengumumkan kereta segmen D untuk pasaran Eropah akan dikenali sebagai i40. Model ini yang dikenali dengan kod VF semasa pembangunan adalah fasa seterusnya dalam evolusi jenama dan produk di Eropah.

Dirancang untuk diperkenalkan kepada umum pada Pameran Kereta Geneva Mac nanti, i40 disasarkan untuk meningkatkan persepsi konsumer Eropah terhadap Eropah kepada peringkat lebih tinggi hasil daripada rekabentuknya yang dinamik, berkualiti dan ciri-ciri teknikal.

Direka di Russelsheim, Jerman, i40 adalah model pertama syarikat yang dibina khusus untuk pasaran Eropah. Kesinambungan daripada model era baru Hyundai, kereta ini mempunyai bahasa desain fluidic sculpture dengan gril hexagon dan garisan-garisan yang menjadikan penampilan i40 dinamik dan sporti melalui profail depan, sisi dan belakang yang saling bertemu.

Sumber: Newspress

-Mak Uia-

Muhammad

9 Comments

  1. Malaysia bukan dok di Eropah, so, lambat lagila keta ni nak “diseludup” ke sini…. pakaije la i30 yg dah ada kat sini

Kata Anda//