Hyundai Elantra 2011 – Bakal Pencabar Kereta Jepun?

Hyundai Elantra 2011.03

Mengambil bahasa komuniti sekarang ini “Cer teka, cer teka mana lagi laku, Camry, Teana, Accord atau Sonata?” Honda Accord sudah lama menjadi saingan Toyota Camry dan baru-baru ini Nissan Teana menyertai pertarungan merebut pelanggan tempatan. Hakikatnya ketiga-tiga model itu dari negara sama iaitu Jepun yang bermakna pada penghujung hari, negara itu jugalah yang akan untung kerana hasil jualan akan dibawa pulang ke negara mereka. Walau bagaimanapun ada satu pengeluar yang sedang membocorkan kantung wang mereka untuk dibawa pulang iaitu Hyundai dari Korea dengan model Sonata.

Kempat-empat model itu, Camry, Teana, Accord dan Sonata masing-masing berada di dalam kategori sama dan bersaing dengan hebat. Kesemuanya mempunyai saiz lebih kurang sama selain daripada enjin bersesaran 2.0 liter dan 2.4 liter kecuali Teana dengan 2.0 liter dan 2.5 liter. Jika anda berada di dalam kelompok pembeli kategori tersebut pasti sukar untuk membuat pilihan kerana harganya juga dekat-dekat, ibarat tiga atau empat kedai makan yang masyhur diletakkan sebelah-menyebelah. Buntu untuk membuat pilihan.

Hyundai Elantra 2011.02

Keempat-empat model itu berada di dalam kereta segmen D [sederhana] manakala kereta segmen C [kecil] pula terdiri daripada Honda Civic, Toyota Corolla Altis, Kia Forte dan di dalam konteks artikel ini ialah Hyundai Elantra. Model itu fungsinya adalah sama seperti Sonata iaitu merebut seberapa banyak yang boleh daripada pesaing lain. Jika disebut Elantra pasti terbayang rekaan yang kurang menarik dan membosankan, hakikatnya itu adalah untuk model yang lepas-lepas dan model baru iaitu generasi kelima Elantra sudahpun mula dijual di Korea Selatan pada Ogos lepas. Rekaannya menggunakan konsep Fluidic Sculpture, tema yang sama digunakan pada Sonata.

Elantra 2011 menggunakan pendekatan moden dalam menghasilkan kereta kompak tradisional dengan menggunakan ciri pelaris seperti rekaan ‘beremosi’ dan peralatan yang terdapat dalam kereta mewah. Buat pengikut kereta Korea, terma Fluidic Sculpture [FS] pastinya kerap bermain di bibir mereka. FS adalah permainan angin yang dijelmakan pada badan kereta bagi menampakkannya seperti sentiasa bergerak. Elantra yang direka di fasiliti rekaan Hyundai di Irvine, California adalah evolusi rekaan FS yang terdapat pada Sonata. Sisi Elantra mempunyai garisan-garisan yang melambangkan hembusan angin dengan garisan keras pada bahagian bawah yang bermula dari pintu depan. Garisan-garisan itu yang digabungkan dengan arca roda yang menonjol dan bumbung yang sleek pula menjadikan Elantra sebagai pakej yang menarik dan luas. Garisan pada badan juga menjadikan kereta itu lebih aerodinamik dengan pekali seret sebanyak 0.28, suatu yang rendah untuk kereta penumpang. Gril signatur Hyundai yang berbentuk heksagon dengan lampu utama yang seperti ditarik ke belakang pula memberikan wajah seolah-olah seorang atlet.

Hyundai Elantra 2011.06

Di bawah bonet depan, Elantra dikuasakan oleh enjin serba baru iaitu 1.8 liter Nu berkuasa 148 hp. Enjin Nu dibangunkan untuk mengantikan enjin 2.0 liter Beta pada Elantra generasi keempat. Saiz enjin baru tersebut lebih kecil, 33.6kg lebih ringan dan 18% lebih baik lebih baik dalam penggunaan minyak di lebuh raya berbanding model sebelumnya. Komponen utama enjin itu ialah penutup dan blok yang diperbuat daripada aluminium, Dual Continuously Variable Valve Timing [D-CVVT], Variable Induction System [VIS], Roller swing arm dan Hydraulic Lash Adjusters [HLA], Electronic throttle control dan Offset crankshaft. Enjin itu kemudiannya dipadankan sama ada dengan transmisi manual 6 kelajuan atau automatik 6 kelajuan dengan butang kawalan manual SHIFTRONIC. Harus tahu, Hyundai adalah antara empat pengeluar global yang menghasilkan sendiri transmisi unik enam kelajuan, pengeluar lain kebiasaannya mengupah firma luar untuk membina transmisi mereka.

Badan Elantra baru berasaskan casis dengan jarak titik roda berukuran 106.3 inci iaitu 2 inci lebih daripada model sebelumnya. Panjang keseluruhan pula ialah 178.3 inci dengan 69.9 inci lebar manakala tingginya pula ialah 56.5 inci. Dengan saiz itu Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat mengklasifikasikan Elantra sebagai kereta bersaiz sederhana berbeza dengan Civic dan Corolla yang diletakkan di bawah kategori kereta kompak. Pada bahagian gantungan casis, Elantra dipasangkan suspensi jenis McPherson dengan penyerap hentak isian gas. Suspensi belakang pula adalah jenis palang kilasan [torsion beam] dan penyerap hentak tiub tunggal [mono tube] untuk lebih keselesaan. Palang penstabil depan dengan diameter 23 mm pula dipasangkan untuk mengurangkan olengan badan sewaktu jalan selekoh.

Hyundai Elantra 2011.05

Daripada segi keselamatan pula, Elantra model 2007 adalah antara sedan kompak terawal dipasangkan Electronic Stability Control [ESC] dan Elantra 2011 pula terus cemerlang dengan penggunaan Vehicle Stability Management [VSM], sistem yang sama dipasangkan pada model mewah Hyundai Equus. VSM adalah sistem utama yang mengawal ESC dan Motor-Driven Electric Power Steering [MDPS]. VSM berfungsi dalam dua keadaan, yang pertama ialah apabila pemandu memecut atau membrek dalam keadaan licin dan kering pada dua bahagian berbeza dengan kenderaan bergerak pada satu arah. VSM seterusnya mengesan keadaan itu dan menghantar isyarat kepada MDPS dengan menambah 8 Nm untuk pengimbangan stereng. VSM juga berfungsi apabila pemandu menukar lorong secara mengejut dan mengambil selekoh dengan laju. Peralatan keselamatan lain pad Elantra ialah enam beg udara, ABS dengan Brake Assist dan Electronic Brake-Force Distribution [EBD].

Hyundai Elantra 2011.01

Katalah Elantra dipasarkan di Malaysia dan jika dikira rekod kereta Korea, harganya jualannya adalah di bawah paras kereta Jepun dengan pakej spesifikasi yang menarik. Berbalik kepada soalan saya pada awal artikel ini, jika jualan daripada bulan Januari hingga Mac 2011 dijadikan sandaran maka pemenangnya ialah Toyota Camry dan paling corot sekali ialah Hyundai Sonata. Namun Sonata hanya ketinggalan lima unit di belakang Honda Accord.

Muhammad

14 Comments

  1. kena ubah mindset org msia ni yg selalu nampak toyota and honda.. mcm gua laa tak kancil L5 ..myvi 1.3 he he he

  2. Bakal pencabar kereta Jepun?

    Rasanya dengan resale value sama spare part…memang tak tercabar kot…heheheh

  3. dulu wa benci sama itu korea.
    tp skarang wa main badminton pakai raket korea.
    wa ingat mau bli keta hyundei sonata la…

  4. ayah den peminat tegar kereta korea
    start bljar kat korea,fisrt kete dia bli kat sna hyundai pony,second hyundai excel,pastu kia sportage..n last hyundai trajet..tp yg pelik smua second hand.mmg puas hti pkai kete korea ni..tp klau nak pkai kete korea,kena slalu ade duit backup la..SPAREPART MAHAL..haha

    • Sebab tu lah gua pun buat-buat bz. Sekian. Sebenarnya tade kaitan dengan komen di atas.

  5. mmg membakar semangat tul bentuk dia..
    keta utk kelajuan ni.. terbaikk..

  6. memang cuuunnnn gilerrr
    wa minat style mengancam
    sporty n cool
    ada gaya macam vvip beb

Kata Anda//