Honda Wave Versi UK!

Siapa sangka Mat Saleh di United Kingdom (UK) pun boleh membeli Honda Wave. Perbezaan ketara Wave spesifikasi UK ialah sistem suntikan bahan api yang menggantikan karburator untuk model tempatan. Seperti juga kereta eksport Proton dulu-dulu nampaknya motosikal versi import mempunyai spesifikasi ekstra dan jika mengikut hukum hipokrasi jurus kelapan bab ketiga  sepatutnya turut menjadi modal sembang kencang di kedai kopi atau di blog-blog seperti mana Proton dikutuk kerana menawarkan bumbung suria (sunroof).

Wave 110i menawarkan penjimatan yang mana mengikut Honda mampu bergerak sejauh 209km dengan setangki minyak.  Nadi motosikal tersebut ialah enjin empat lejang 109cc yang dipadankan dengan transmisi manual empat kelajuan. Enjin tersebut digantung pada rangka yang kuat dan kompak dengan geometri casis yang mampu menjadikan motosikal itu ringan dan senang ditunggang dan sesuai untuk kegunaan bandar dan perjalanan harian.

Honda Wave 110i dijual pada harga GBP1,800 di atas jalan atau kira-kira RM8,854.83 jika ditukar kepada harga tempatan. Ansuran pula bermula dari serendah GPB50 atau RM246 sebulan untuk tempoh 36 bulan.

Muhammad

3 Comments

  1. Pergh….
    Gua baru me lepas overhaul wave gua…
    Full tank leh pegi 80km je!
    Gile save wave injection ni!

  2. jgn smapi honda ex5 pun di injection kan… mmg gua beli.. bru rare! hehehe

Kata Anda//