Feb 08

Honda Wave Dash Fi Edisi Terhad kini di pasaran – RM 5.7K dan RM 6.0K

Honda Wave Dash Fi Edisi Terhad kini di pasaran - RM 5.7K dan RM 6.0K

Boon Siew Honda memperkenalkan Honda Wave Dash Fi Edisi Terhad dengan penampilan santai dan motosikal itu sudah pun berada dalam pasaran hari ini. Model Edisi Terhad itu adalah kesinambungan kepada sambutan menggalakkan yang diterima Honda EX5 Fi Edisi Terhad beberapa bulan lepas.

Ciri-ciri baharu adalah seperti berikut:

  • Warna badan dan grafik baharu
  • Tayar tanpa tiub dengan pelekat sport rim merah

Kelengkapan sedia ada Honda Wave Dash Fi Edisi Terhad ialah:

  • Brek dwi-cakera
  • Enjin 109cc empat lejang dengan Sistem Suntikan Bahan Api terancang (PGM-Fi) dan juga diiktiraf sebagai Kenderaan Cekap Tenaga (EEV).
  • Penggunaan bahan api serendah 1.8L/100KM.

Harga saranan bagi Honda Wave Dash Fi Edisi Terhad adalah RM 5,775.94 (Siri S – Brek Cakera Tunggal) dan RM 6,040.94 (Siri R – Brek Dwi Cakera), termasuk GST.

Model ini dilengkapi dengan dua tahun atau 20,000km jaminan pengeluaran (yang mana terdahulu).

Berikut ialah lima gambar Honda Wave Dash Fi Edisi Terhad:

Silakan kongsi:

Leave a Reply

Your email address will not be published.