Mar 22

Honda Wave Dash Fi Baharu kini di pasaran – Tiga varian termasuk edisi Repsol

Honda Wave Dash Fi Repsol

Boon Siew Honda (BSH) telah memperkenalkan motosikal Honda Wave Dash Fi Baharu. Penambahan terbaharu dalam keluarga beroda dua itu menawarkan rekaan yang menarik, bergaya dan trendy untuk memenuhi keperluan fesyen semasa penunggang muda dengan slogan “Make An Impression, Everywhere You Go”

“Pelanggan muda di negara ini hidup dalam gaya hidup yang pantas bergerak dan mencari tunggangan yang bergaya. Oleh demikian, BSH sentiasa mempertingkatkan rekaan serta prestasi bagi memenuhi kehendak dan permintaan penunggang muda,” kata En. Nobuhide Nagata, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Boon Siew Honda.

Ciri-ciri baharu

Honda Wave Dash Fi

Rekaan terkini grafik New Wave Dash Fi diinspirasi dari penyamaran ala tentera dan grafik geometri warna khas seperti Honda CB650, bersama panel meter bergaya dan plat pelindung haba baharu dan tampil lebih segar bagi penggemar kenderaan beroda dua di Malaysia.

Honda Wave Dash Fi dilengkapi dwi brek cakera dan brek cakera depan (2 Type) dikuasakan oleh enjin empat lejang 109cc dengan Sistem Suntikan Bahan Api Terancang (PGM-Fi).

Selain rekaan luar yang lebih segar, kecekapan bahan api terus dipertingkatkan ke 61.1km/L bersama kuasa maksimum yang meningkat kepada 6.40Kw untuk memberikan pengalaman tunggangan yang lebih baik.

Honda Wave Dash Fi juga diiktiraf sebagai Kenderaan Cekap Tenaga (EEV).

Warna, varian dan harga

Honda Wave Dash Fi Vivacity Red

Honda Wave Dash Fi Vivacity Red

Honda Wave Dash Fi didatangkan dalam tiga warna fesyen bergaya seperti berikut:

  1. Biru Mutiara Senja
  2. Hitam Mutiara Magellen dan Merah Lincah
  3. Edisi Repsol

Varian kapcai itu ditawarkan dalam edisi:

  1. S Type (Cakera Brek Tunggal)
  2. R Type (Cakera Brek Berganda)
  3. Edisi Repsol (Cakera Brek Berganda)

Harga yang disyorkan bermula daripada RM5,860.74, RM6,178.74 dan RM6,337.74 termasuk GST (tanpa cukai jalan, insurans dan pendaftaran).

Honda Wave Dash Fi juga didatangkan dengan jaminan kilang selama dua tahun atau 20,000 kilometer (yang mana terdahulu).

Berikut ialah gambar Honda Wave Dash Fi 2017

Silakan kongsi:

Leave a Reply

Your email address will not be published.