Honda Wave 125i dilancarkan – RM6.2K dan RM6.5K

Honda Wave 125i

Boon Siew Honda (BSH) baru-baru ini telah melancarkan Honda Wave 125i Baharu. Motosikal ini menawarkan keselesaan menunggang dan kecekapan bahan api.

Rekaan luaran Honda Wave 125i Baharu ini direka dengan lebih menarik dan membolehkan penampilan penunggang dengan lebih ranggi. Wave 125i Baharu ini juga didatangkan dengan tempat duduk yang besar untuk menjamin keselesaan penunggang semasa perjalanan jauh.

Honda Wave 125i

Di samping itu, panel meter premium menawarkan paduan gaya terkini dengan susun atur strategik dan pencahayaan yang cerah memudahkan pembacaan biarpun diwaktu siang atau malam.

Untuk keselamatan penunggang lampu belakang motosikal ini menawarkan pencahayaan terang untuk meningkatkan tahap keterlihatan penunggang. Selain daripada itu, Wave 125i Baharu juga didatangkan dengan lambang logo 3D untuk menonjolkan identitinya yang unik.

Ciri-ciri premium tidak hanya tertumpu kepada aspek luaran jentera ini sahaja. Jentera tulang-belakang (underbone) ini bersesaran 124.9cc penyejuk udara dengan Suntikan Bahan Api Terancang (Programmed Fuel Injection – PGM-Fi).

Dengan tangki bahan api terbesar dalam kategori sama iaitu 5.4 liter, pengisian semula bahan api hanya selepas hampir 300KM* perjalanan. Gabungan PGM-Fi dan muatan tangki minyak besar ini dapat mengelakkan isian semula yang kerap dan penjimatan penggunaan minyak.

Oleh itu, Wave 125i telah diiktiraf sebagai Kenderaan Cekap Tenaga (Energy Efficient Vehicle – EEV) oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Wave 125i juga merupakan satu-satunya kapcai dalam pasaran Malaysia mempunyai ruang simpanan kebuk-U dengan saiz 18 liter yang membolehkan penunggang menyimpan barang peribadi mereka sepanjang perjalanan. Kebuk-U 18 liter juga dapat mengelak kecurian topi keledar dan ia boleh memuatkan topi keledar full-faced).

Honda Wave 125i

Pelanggan mempunyai tiga pilihan warna premium iaitu Merah ‘Candy’ (Candy Scintillate Red, Biru Mutiara (Pearl Nightfall Blue), dan Kelabu Metalik (Sword Silver Metallic).

Honda Wave 125i ditawarkan dalam dalam dua varian: Brek Cakera Tunggal dan Dwi Brek Cakera, masing-masing pada harga yang disyorkan bermula daripada RM6,263.54 dan RM6,549.74 termasuk GST (tanpa cukai jalan, insurans dan pendaftaran.

Ia didatangkan dengan jaminan kilang selama dua tahun atau 20,000 kilometer dan warranti tambahan satu tahun atau 10,000 kilometer untuk enjin (yang mana terdahulu).

Muhammad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *