Honda Sudah Bersedia Menggantikan Kesemua Peledak Beg Udara Bahagian Pemandu Yang Diperlukan Pelanggan

Takata Airbag Inflator.2016.01

Honda Malaysia kini sudah bersedia untuk menggantikan peledak beg udara bahagian pemandu dengan 100% stok tersedia. Dengan itu Honda Malaysia ingin berterima kasih kepada pelanggan yang sabar dan memahami sepanjang tempoh menunggu alat ganti tersebut.

Mereka yang masih belum berbuat demikian diminta untuk menghubungi pengedar rasmi Honda bagi mengantikan peralatan yang terjejas. Untuk rekod, setakat 17 Ogos 2016, Honda Malaysia telah menyiapkan 45% penggantian peledak beg udara Takata yang diperlukan atau bersamaan dengan 175 ribu unit. Sepanjang tiga minggu lepas, Honda Malaysia telah menggantikan 31,800 unit peledak beg udara di pusat servis, Hub Servis Sentral dan Hub Mobil.

Penghantaran peledak beg udara bahagian penumpang pula masih belum boleh dilaksanakan sepenuhnya susulan kekurangan bekalan pada peringkat global. Honda akan terus berusaha untuk mendapat bekalan tersebut dan memohon maaf di atas kesulitan yang ditanggung pelanggan.

Takata Airbag Inflator.2016.03

Untuk penggantian dan temujanji, pelanggan boleh menghubungi talian bebas Honda iaitu 1-800-88-2020 dan membuat pilihan di antara Hub Servis di lokasi berikut:

  • Hub Utara (Bersebelahan S.M.J.K. Convent Dato’ Keramat School)
    No.401, Jalan Dato’ Keramat, 10150 Georgetown, Penang.
  • Hub Sentral – Soo & Sons Metal Works Sdn. Bhd. (Bersebelahan Columbia Asia
    Hospital)
    Lot 15 Jalan 13/6, Section 13, 46200 Petaling Jaya, Selangor.
  • Hub Selatan – Oriental Assemblers Sdn. Bhd.
    99 & 99A-C, Jalan Tampoi, 81200 Johor Bahru, Johor.

Hub penggantian sementara ini beroperasi dari 1 Ogos 2016 hingga 30 September 2016 dan dibuka setiap hari kecuali cuti umum, bermula 8 pagi hingga 7 malam.

Selain Hub di atas, Honda Malaysia turut menyediakan 24 Hub Mobil di 21 Stesen Petron terpilih dan 3 lokasi Honda Family Road Trip. Hub ini beroperasi dari 5 Ogos 2016 hingga 25 September 2016 daro 8 pagi hingga 7 malam pada setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad di lokasi berbeza. Dengan stok sedia ada dan keupayaan penggantian, Honda Malaysia sekali lagi menggesa pelanggan untuk segera membuat tindakan lanjut. Maklumat mengenai lokasi penggantian boleh didapati di www.honda.com.my atau www.productrecall.honda.com.my

Silakan kongsi:

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.