Honda Malaysia Perkenal Barangan Rasmi Baharu

Honda Malaysia telah memperkenalkan barangan rasmi baharu dengan tema Challenging Spirit sempena DNA Honda yang telah dipegang sejak sekian lama.

Koleksi tersebut sesuai untuk pelbagai keadaan seperti kerja rasmi atau santai dan ini juga adalah kali pertama Honda memperkenalkan konsep gaya hidup aktif bagi memenuhi gaya hidup masa kini rakyat Malaysia.

Di antara koleksi barangan rasmiĀ ialah T-shirt, T-shirt berkolar, Baju Sejuk, Jaket Bomber, Beg, Beg Duffel, Beg Tote, Beg Kasut, Pouch Pengembaraan Mini, Topi, Pakaian gaya hidup aktif, botol air, payung serta barangan korporat seperti kemeja perlumbaan.

Koleksi barangan rasmi Honda akan mula dijual di bilik pameran sah di seluruh negara bermula hujung Ogos ini.

Silakan kongsi:

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.