Dec 22

Honda Malaysia Panggil Semula Odyssey dan Accord Untuk Pembaikan

Honda Malaysia mengumumkan ia akan memanggil semula 49,116 unit Odyssey dari tahun 2014 hingga tahun 2017 dan sedan Accord dari tahun 2013 hingga tahun 2016.

Panggilan semula itu dibuat bagi menukar semula menukar alat pengesan bateri dan cermin tingkap yang dikatakan gagal berfungsi. Kos penukaran akan ditanggung oleh Honda Malaysia.

Alat pengesan bateri Accord (buatan tahun 2013 – 2016) 

– Terdapat kecacatan pada papan litar PCB di dalam alat pengesan ketika ia diproduksi. Kegagalan ini boleh mengakibatkan masalah litar pintas pada alat pengesan dan wujud kemungkinan bahagian hud berasap dan terbakar.

– Unit yang terjejas sebanyak 20,233 unit

Cermin tingkap Accord (buatan tahun 2013-2016) dan Odyssey (buatan tahun 2014-2017) 

– Kerosakan komponen cermin tingkap dan boleh menyebabkan cermin tertanggal, sama ada ketika kereta sedang bergerak atau parkir.

– Unit yang terjejas: 27,912 unit Accord (buatan tahun 2013-2016) dan 971 unit Odyssey (buatan tahun 2014-2017) .

50 peratus alatganti tersedia

Sehingga kini Honda Malaysia mempunyai sekitar sekitar 50 peratus stok alataganti yang terjejas. Pelanggan yang memiliki model di atas diminta berhubung dengan mana-mana 91 pengedar sah Honda.

Honda Malaysia akan memberi surat notifikasi kepada pelanggan terjejas dan anda juga boleh memeriksa status kenderaan di laman web: www.honda.com.my atau www.productrecall.honda.com.my atau hubungi talian tol percuma: 1-800-88-2020.

Silakan kongsi:

Kata Anda//