Honda Malaysia Mengingatkan Pemandu Supaya Berhati-hati Di atas Jalan Raya

Keselamatan jalanraya adalah tanggungjawab bersama. Pihak Pengurusan dan staf Honda Malaysia baru-baru ini mengagihkan 10,000 keping pek Kempen Keselamatan Jalan Raya Honda Malaysia kepada pemandu di Plaza Tol Ampang (AKLEH). Honda turut mengedarkan pamplet keselamatan jalan raya kepada penganut agama Islam di dua buah masjid berhampiran pejabat Jualan dan Pemasaran di Petaling Jaya.

Objektif kempen tersebut adalah untuk mendidik para pemandu dengan tips keselamatan jalan raya secara ringkas dan berguna.

Pengurus Pemasaran Kanan Honda Malaysia, Encik Akkbar Bin Danial turut hadir dan bersama-sama mengagihkan pek keselamatan kepada pemandu-pemandu di Plaza Tol AKLEH.

“Memastikan jalan raya Malaysia selamat adalah komitmen jangka masa panjang Honda buat pelanggan kami sebagaimana kami mahu menjadi syarikat yang masyarakat perlukan. Kempen ini juga untuk menyokong usaha kerajaan bagi memastikan keselamatan jalan raya. Dengan pamplet “Keselamatan Jalan Raya di Tangan Anda”, kami harap pemandu dapat bersedia lebih awal dan sentiasa memastikan keselamatan mereka dan penumpang sewaktu berada di atas jalan raya.

Encik Akhbar dan rakan-rakannya daripada Honda Malaysia menyerahkan pek keselamatan yang mengandungi pamplet, manisan dan air mineral.

Sebagai sebahagian daripada kempen ini, syarikat juga turut menggalakkan pelanggan Honda untuk pemeriksaan berkala dan biasa di Pusat Servis Honda terdekat sebelum memandu jauh. Terdapat 61 pengedar Honda di seluruh negara dengan 58 daripadanya beroperasi sebagai pusat 3S dengan menawarkan pakej servis dan kemudahan lain kepada pelanggan.

Selain daripada mengandungi tips keselamatan, pamplet tersebut juga menekankan aspek  berguna lain seperti memeriksa suhu dan paras air, mengekalkan jarak selamat dengan kereta lain, pematuhan undang-undang trafik dan nombor kecemasan.

Pamplet “Keselamatan Jalan Raya di Jari Anda” turut diedarkan di pengedar Honda di seluruh negara.

Silakan kongsi:

1 comment

  1. selalu gua nampak Honda Msia agak proactive pasal isu2 keselamatan ni.. kampeni lain tu mcm x favor sangat nak buat benda2 mcm ni ..anyway ini social responsibility at the same time promoting your barnd as well.. gua harap ramai lagi akan tampil kedepan buat mcm ni.. tq

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.