Honda Malaysia Melancarkan Honda City 2014 – Harga Permulaan Dari RM75,800!

Honda City Malaysia 2014.04

Petaling Jaya, 20 Mac 2014: Honda Malaysia melancarkan Honda City 2014 yang merupakan penanda aras baharu di dalam kelasnya dari segi kualiti dan sedan mampu milik. Honda City Generasi Keempat itu sememangnya dinantikan pasaran segmen B dengan 1,800 tempahan dan maklum balas positif yang diterima semasa acara pra-pelancaran pada bulan lepas.

Pertama kali diperkenalkan pada tahun 1996, City telah dimiliki oleh 2.2 juta pemilik di 55 buah negara. City merupakan sedan terlaris Honda Malaysia sejak pengenalannya pada tahun 2001 dengan rekod jualan melebihi 145,000 unit.

Honda City Malaysia 2014.05

Berpegang kepada komitmen untuk menawarkan model mampu milik dan bernilai untuk wang kepada semua, Honda Malaysia buat pertama kalinya memperkenalkan empat varian City baharu iaitu City S, City S+, City E dan City V. Honda City 2014 dikuasakan oleh enjin 1.5L SOHC i-VTEC yang ditambah baik dengan kuasa maksimum 120ps @ 6,600 rpm dan tork maksimum 145Nm @ 4,600 rpm. Enjin itu dikuasakan oleh transmisi CVT yang merupakan satu daripada Honda Earth Dreams Technology yang menawarkan kombinasi prestasi pemanduan dan penjimatan minyak. Juga pertama kali untuk City ialah mode ECON untuk kesemua varian yang berfungsi sebagai alat bantuan penjimatan minyak.

Honda City 2014 juga menawarkan ruang kargo yang terbesar di dalam kelasnya bersaiz 536L selain daripada ruang kabin yang lebih besar berbanding model sebelumnya. Selain daripada itu City turut dilengkapi dengan pelbagai peralatan terkini seperti Sistem Entri Pintar dan Butang Penghidup Enjin (E dan V), Kawalan Cruise (V), Paparan Audio 7″ dengan fungsi MirrorLink (V), 8 pembesar suara (V), Meter Kombinasi Pelbagai Info, Corong Penyaman Udara Belakang (E dan V), 2 soket USB (V), 3 Soket Kuasa (E dan V). Turut terpasang ialah Kawalan Telefon Bebas Tangan pada stereng (S+, E dan V) dan Stereng dengan Kawalan Pengecaman Suara (V) yang disambungkan kepada sistem hiburan kereta.

Honda City Malaysia 2014.03

Honda Malaysia tidak mengabaikan ciri-ciri keselamatan dengan menawarkan enam beg udara (V), VSA (E dan V), Hill Start Assist (E dan V), Signal Brek Kecemasan (E dan V) dan ISO Fix. Untuk mereka yang mahukan kelainan turut ditawarkan ialah pakej Aksesori Tulen Honda yang berharga RM1,700 dan Pakej Modulo Honda berharga RM3,200. Honda City baharu didatangkan dengan lima tahun waranti tanpa had batuan dan jarak servis sebanyak 10,000 km yang menambah lagi daya tarikan model baharu ini.

Harga di atas jalan Honda City 2014 (Semenanjung Malaysia)

Honda City S: RM75,800

Honda City S+: RM78,800

Honda City E: RM83,800

Honda City V: RM90,800

Silakan kongsi:

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.