Honda Malaysia Melancarkan All-New Civic

Serdang, Selangor – 12 Julai 2012 – Honda Malaysia Sdn. Bhd. (“Honda Malaysia” atau “Syarikat”) hari ini secara rasminya melancarkan Civic Generasi Kesembilan yang dinanti-nanti untuk lebih memperkasakan kewujudannya dalam pasaran.

“Setengah tahun pertama 2012, kami mendapat perhatian yang tinggi. Kami membuat kejutan dalam pasaran dengan beberapa berita baik dan produk baru yang menarik,” kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Yoichiro Ueno sebelum memperkenalkan model yang dinanti-nantikan ini.

“Hampir 40 tahun, Civic mencatat reputasi yang cemerlang dengan memberikan prestasi tinggi dari segi pemanduan, kualiti, kecekapan bahan api dan nilai lebih daripada yang dijangkan dalam segmennya,” katanya.

Secara kumulatif, Civic telah dijual lebih daripada 19.7 juta unit seluruh dunia sejak generasi pertamanya dilancarkan pada tahun 1972. Di Malaysia, sejak pelancaran pertama Civic Generasi Ketujuh di Malaysia pada tahun 2003, lebih sebanyak 58,000 unit dijual sehingga kini.

Pada masa yang sama, ia diiktiraf sebagai model yang menerajui segmen model sedan bukan nasional bersaiz sederhana. Kejayaan model ini diperkukuhkan lagi dengan penerimaan hangat terhadap Generasi Kelapan yang dilancarkan pada tahun 2006 dengan jualan hampir 49,000 unit.

Amerika Syarikat sebagai pasaran terbesar bagi Civic, hampir 163,000 unit dijual dalam setengah tahun pertama tahun ini. All-New Civic ini diiktiraf sebagai model paling laris dalam segmennya sekali gus menjadi peneraju untuk segmennya.

Setiap generasi Civic sentiasa dipertingkatkan dengan tema pembangunan yang spesifik. Tahun ini, Civic menerapkan konsep asas ‘kompak yang futuristik dan tersendiri’, hala tuju yang memperkenalkan nilai baru yang mendahului keperluan masa kini serta memartabatkan pengalaman iaitu ciri-ciri yang ada pada Civic.

Dihasilkan berdasarkan populariti Generasi Kelapan, Civic telah diubah suai dengan gaya dan kehalusan yang tinggi.

“All-New Civic ini menerap nilai model sebelumnya dalam setiap bahagian, baik penjimatan bahan api, prestasi, teknologi pintar yang canggih dan nilai jangka panjang.

“Lebih sofistikated dan pintar, model ini mempamerkan penampilan yang amat bertenaga dalam kelasnya,” kata Ueno mengenai hala tuju All-New Civic.

Berpegang teguh kepada konsep pembangunan ‘Sedan Pintar yang Canggih’. All-New Civic ini menampilkan beberapa siri teknologi baru termasuklah kokpit futuristik dan Paparan Pelbagai Maklumat pintar (intelligent Multi Information Display – i-MID) berukuran lima inci untuk menggalakkan pemanduan pintar dan cekap.

All-New Civic juga adalah model bukan hibrid pertama Honda yang dilengkapi fungsi Eco Assist. Ciri interaktif ini akan memberi panduan kepada pemandu untuk mencapai kecekapan bahan api yang lebih baik. Dengan fungsi interaktif iaitu latar belakang paparan meter yang boleh berubah warna, ia membantu pemandu mencapai kecekapan penggunaan bahan api dengan mempertingkatkan gaya pemanduan mereka.

Di samping pengubahsuaian luaran dan dalaman, piawaian keselamatan untuk All-New Civic ini sudah dipertingkatkan. Bantuan Kestabilan Kenderaan (The Vehicle Stability Assist –VSA) kini disepadukan dengan stereng berkuasa elektrik bersistem penyesuai gerakan EPS (Motion Adaptive EPS – Electric Power Steering) suatu sistem yang membantu pemandu mengawal ketika terlebih atau terkurang kemudi. All-New Civic telah menerima penilaian lima bintang bagi keselamatan penumpang dan pejalan kaki. Struktur badannya yang diperhalusi menerusi Kejuruteraan Kesesuaian Canggih (Advanced Compatibility Engineering -ACE) memberikan tahap kesesuaian kemalangan yang lebih baik antara kenderaan berlainan saiz dan ketinggian.

Selain All-New Civic model petrol, All-New Civic memasuki pasaran dengan dengan versi hibrid, menampilkan enjin 1.5L i-VTEC yang lebih besar dan bersambung dengan motor elektrik yang lebih ringan, canggih dan berkuasa. All-New Civic Hybrid adalah hibrid yang pertama di Malaysia dilengkapi dengan bateri lithium-ion yang boleh menyimpan lebih banyak elektrik dengan saiz kompaknya. Dipertingkatkan dengan teknologi pintar, All-New Civic Hybrid adalah kereta hibrid pertama dalam barisan kereta hibrid Honda yang dilengkapi butang masuk dan tekan pintar untuk tahap premium.

Turut terdapat dalam 1.8L, 2.0L. 2.0L dengan Navi dan Civic Hybrid, setiap satunya direka untuk lebih menepati keperluan dan keutamaan individu. Barisan model ini setakat ini adalah yang paling pelbagai dalam industri dan mempunyai daya tarikan kepada pemula trend lelaki mahupun wanita.

Untuk terus menjadikan All-New Civic ini sebagai pilihan, Honda Malaysia memperkenalkan pakej servis yang baru dan menarik :

1. Jaminan 5 tahun dengan jarak perbatuan tanpa had.*

2. Jaminan 5 tahun dengan jarak perbatuan tanpa had.* untuk bateri IMA.

3. Lanjutan penyelenggaraan pencegahan dari 5,000km ke 10,000km.

4. Percuma khidmat tenaga kerja untuk 6 kunjungan untuk setiap satu servis berbayar sehingga 100,000km.

*Tertakluk kepada terma dan syarat

Dengan memperkenalkan pakej servis baru, pelanggan Honda akan memperolehi tahap servis yang tinggi.

Dengan pelancaran dan pengenalan pakej servis baru ini, Honda Malaysia mensasarkann untuk menjual 5,200 unit untuk versi petrol dan 1,200 unit untuk versi Civic Hybrid. All-New Civic dijangka menguasai 40% bahagian pasaran dalam segmen sedan bukan nasional saiz sederhana. Syarikat ini juga yakin, dengan kestabilan model hibrid yang mengagumkan, ia boleh mencecah 10,000 unit dalam tempoh setahun.

Bagi jenis petrol, All-New Civic terdapat dalam warna Putih Perak Pualam (Alabaster Silver Metallic), Hitam Mutiara Kristal (Crystal Black Pearl), Logam Berkilat Metalik (Polished Metal Metallic) dan Putih Tafeta (Taffeta White).

Terokai kehidupan baru dengan All-New Civic, sedan yang pintar dan canggih; singgah atau tempah untuk pandu uji model ini di pengedar yang dilantik Honda berdekatan anda.

Muhammad

14 Comments

  1. ahh…lama betul gua x jenguk sini…

    matpon ada lagi ke?…ehehehe…

  2. Joe Ozil, gua memang peminat tegar Honda. haha.. Nantikan entry psl test drive civic ni ya.. hehe

  3. pada gua honda tu ada soul .. soul dia bukan pada bodyline aje.. tapi jantung dia juga.. siapa yang dah pernah layan tau laa penangan vtec walaupun standard kilang.. gua ingat tahun2 litar batu 3 zaman awal 90an masa tu halim drive EF kut tak salah .. ramai tak kenal lagi potensi civic ni.. sampailaa abis ditapau kat trek barulah penonton bergasak2 nak tgk apa kejadah enjin dia pakai one of the unforgotten quote ‘ eh bro enjin apa ni?” ” entah orang kata vtek (spell vitek) kahkahkah .. kenangan betul

  4. tp vtec pd civic skang di’tune’ utk ekonomikal…xmcm dlu…vtec dlu di’tune’ utk kuasa yg lebih…

  5. ..emission regulation hanyalah permainan mat2 saleh uk dan us sbb kete2 diaorg cam ford mustang,cobra,viper,MG(Dgo kate dh xder made in U.K)sejak kebangkitan kete2 jepang ni..nsx type r,civic ek9R,FD2NR,FD2NRR DLL.bagi aku undang2 emisi ke,tgki myk kalis letup ke itu sumer permainan politik oleh mat2 saleh ni..cuma yg aku bengang kadang2 bos2 honda ni ikut je mat2 saleh ni..lotus pun pakai enjin toyota der…mana xmalu..diaorg xleh nk proud dh dgn produk diaorg..FORD kawin mazda kawin volvo…MG bos baru dari beijing..renault pun dh pakai teknologi nissan…jgn jdi mcm jeremy clarkson..hipokrit..austin martin enjin besar pun xleh nk beat GTR..APEDEKEHAL..

  6. kalau dulu kita tgk skyline R32GTR diharamkan join australia gtcc apekemende ntah time tu aku bru darjah 2..tp seigt aku time tuh pak sedara aku ckp nissan boleh beat ferrari dgn cc dia yg kecik…mgkin sbb2 inilah yg buatkan mat2 saleh ni bengang..begitu jgk dgn pengharaman toyota celica dlm rally dulu…undang yg dibuat adalah untuk memusnahkan jenama jepun dari menguasai dunia…skrg ni impreza main rally ada mcm dulu..seat pun dh pakai recaro…adoyai betul…dah le pakai wrx sti…je..impreza punya nama tu dh berdaulat..skrg pun proton pulak terikut2..mana kebebasan design kete2 baru..hah…azlan othman apsal lu design preve cmtuh…adoi….xnk amik pendapat org lah preve jdik cmtuh…dulu best jew tgk putra, saria gti,gti r3.skrg ni…xtau lah…

  7. Honda… kalau tanya aku, paling best re-sale value dia cukup tinggi…
    Kalo Civic seusia Altis, dijual sekenhen, Civic yg menang.
    Kawan aku dulu pakai City yg dr tepi nampak macam ikan Talipia. Bila jual, harga market dia RM5k (average) lagi tinggi dr Toyota Vios.
    Apa bestnya Honda ni?
    Sorryla, kalo Honda & Toyota, utk daily use, bagi aku, produk-produk mereka cukup mantap. Kalo ada yg hampeh, aku rasa ia disebabkan oleh Factory Failure… bukan spec-failure. Cuma, Honda sedikit “mahal” nilainya termasuk nilai sekenhenya.

    Aku sedih, masa nak angkut MPV dulu, bajet aku RM100k je. Aku memang nak sebat Odyssey, tapi, harga RM246k (baru). Stream, bagi aku, kecik & aku memang taknak “Extenden Wagon” tu. So, aku angkut Innova je. Sah-sah, bila awek tengok, mereka terus tutup mata… confirm bapak orang…

  8. gua setuju dgn megatputrakuning. apasal tuah konsep lg lawa dr preve???????????????????? sungguh gua xleh terima…

  9. Odyssey la kalo nak pemanduan macam kereta….
    Tapi, aku sangat puas hati dgn Innova tu walaupun sesenang ditapau Viva di highway….
    Yg penting, 8 seaters dewasa….
    Laju, belakang kira… rupa, boleh la… bawak jalan tak rasa malu…

  10. civic ni best sbb design dia laen jew stiap kali kuar model baru…g2 gak ngan honda accord…setiap kelainan bentuk,design x mengarut,menunjukan design2 civic ni dari taun 70an hingga skrg ni ada soul..yg membuatkan setiap generasi terwahhh,,ter..ohh…,..peh,mcm juruckp kesenian lah plak…

  11. Tajak dah beli sbiji fb 2.0s. bagi Tajak ok je kreta ni. Tajak minat lancer GT tu, bini lak minat Honda. Kalah Tajak. kena sambar civic gak. kalau x kena kluar duit sendiri, Tajak manalah ada fulus. minyak dia tak la melantak sangat.padan ngan cc dia. pfomen dia pun ok. tak tau lah kot masa baru ni tak reti telan petrol lagi.

  12. aku tau psl emission regulation tu…tp jgnlah menjangkit sumer model…ni department type r shutdown,nsx lglah sedih…KIA?HAHAHAHAHA..xdpt den nk nolong…bolok wok skali..supo dugong ado KIA ni..sik pakailah..hahaha mcm loghat ada…g2 lah problemnye KIA ni…hehehehe…aku ada gua ada kawan beli kia sportage baru,design peter seyer lah,tiptop lah…last2 jual blik pakai accord jugak..HAHAHAHA

Kata Anda//