Honda Malaysia buka Pusat 4S terbesar di Kelantan dan Pantai Timur

Ban Chu Bee Honda 4S Centre

Ban Chu Bee Sdn. Bhd. telah membuka Pusat 4S (Jualan, Servis, Alat Ganti, Cat dan Pembaikan Badan) terbesar di Kelantan yang juga merupakan terbesar di kawasan Pantai Timur. Pusat Honda 4S terbaru ini bakal memberikan pengalaman yang lebih baik kepada pelanggan di Kelantan selain daripada menampung pengembangan Honda di Pantai Timur terutama sekali di negeri itu.

Ketua Pegawai Operasi dan Pengarah Urusan Honda Malaysia, En. Katsuto Hayashi berkata, “Tahun lepas, Honda Malaysia telah menjual 91,830 kenderaan dan daripada jumlah itu sebanyak lapan peratus jualan adalah dari Pantai Timur atau lebih dari 7,200 kenderaan. Jualan di Kelantan sahaja adalah 34.6% daripada jumlah tersebut di mana Honda Jazz adalah model paling laris. Dalam lima tahun kebelakangan ini, jualan Honda Malaysia di Pantai Timur telah meningkat sebanyak 172%.”

Honda Malaysia memulakan tahun ini dengan respon yang baik daripada pasaran. Honda BR-V telah ditempah hampir 10,000 unit dengan lebih 5,200 sudah diserahkan kepada pelanggan sejak dilancarkan pada Januari lalu.

Honda City turut menerima sambutan menggalakkan dengan hampir 3,000 tempahan dalam tempoh tiga minggu sejak ia dilancarkan.

Ban Chu Bee Honda 4S Centre

“Dengan dua pelancaran dan berbaki dua lagi pada tahun ini, kami menjangkakan pasaran akan terus berkembang. Keperluan servis untuk Kelantan pada tahun 2016 ialah sebanyak 22,600 kenderaan dan melalui pembukaan Pusat 4S baharu ini kami mampu menampung sehingga 100 kenderaan sehari atau lebih dari 22,000 servis kenderaan setahun,” tambah En. Hayashi.

Ban Chu Bee mempunyai sejarah yang panjang dengan Honda iaitu sudah melebihi tiga dekad. Pengembangan ke lokasi baharu yang lebih besar iaitu dengan saiz tanah 152,460 kaki persegi dan saiz bangunan berjumlah 62,200 kaki persegi yang memuatkan pelbagai fasiliti di bawah satu bumbung itu adalah selari dengan pendekatan Honda bagi memberikan lebih kemudahan kepada pelanggan.

Ban Chu Bee Honda 4S Centre

Mereka boleh menikmati pelbagai kemudahan yang disediakan seperti Ruang Pelanggan, Ruang Eksekutif, sambungan WiFi, sudut kanak-kanak dan juga surau. Selain daripada itu, Pusat 4S Honda Ban Chu Bee mempunyai 20 ruang servis termasuk lima khusus untuk servis ekspres, satu servis tayar, lapan servis umum dan satu servis penyaman udara.

Keseluruhan pusat Honda 4S itu bernilai RM22 juta untuk dibangunkan.

Untuk membuat temujanji atau sebarang pertanyaan, Pusat 4S Honda Ban Chu Bee boleh dihubungi di talian  09-744 3337 / 09-744 5893. Alamatnya ialah di Lot 1349, Jalan Pasir Mas-Salor 15100 Kota Bharu, Kelantan.

Galeri gambar Pusat 4S Honda Ban Chu Bee

Silakan kongsi:

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.