Honda Malaysia Buka Pusat 3S Terbesar Di Malaysia Timur

Selari dengan permintaan yang semakin baik, Honda Malaysia telah membuka Pusat 3S terbesarnya di Malaysia Timur. Pusat 3S yang dioperasikan oleh SYK RW Motor itu adalah pengedar ketujuh Honda di Sarawak.

Honda Malaysia mempunyai tiga pengedar di Kuching, satu di Bintulu, dua di Miri dan satu di Sibu.

Pusat 3S yang terletak di Miri itu dijangka dapat memberi lebih kemudahan kepada pelanggan Honda yang semakin bertambah di kawasan sekitarnya.

Dari Januari hingga November 2017, sebanyak 6,000 unit kenderaan Honda terjual yang menyumbang kepada tujuh peratus dari keseluruhan jualan Honda Malaysia.

Sarawak pula menyumbang jualan lebih daripada 60 peratus atau 4,000 unit jualan di Malaysia Timur. Honda BR-V menjadi adalah model terlaris dan popular di sana.

SYK RW Motor mempunyai pengalaman yang panjang dengan lebih 40 tahun dalam industri automotif. Untuk memberikan kemudahan dan perkhidmatan terbaik, SYK RW Motor telah melabur sebanyak RM7 juta bagi merealisasikan pusat servis yang berkeluasan 48,000 kaki persegi itu.

Pusat 3S yang terbesar itu memiliki 12 ruang servis dengan 7 untuk servis pantas, dua tempat penyelenggaraan umum, sebuah lounge, wifi percuma, surau dan pelbagai kemudahan lagi.

Pusat 3S itu mampu menyelenggara sehingga 40 buah kereta sehari dan turut memberikan perkhidmatan basuh kereta secara percuma dan juga kemudahan memperbaharui cukai jalan.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian 085-430 666 atau kunjungi pusat 3S Honda SYK RW yang terletak di Lot 1772, Block 10, Jalan Cahaya, Miri Concession Land District, 98000 Miri, Sarawak.

Silakan kongsi:

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.