Honda Malaysia Berjaya Selesaikan 80.2 % Penukaran Peledak Udara Beg Udara Pemandu, 55.9 % Bahagian Penumpang

Honda Malaysia memaklumkan bahawa sehingga 29 Jun 2017, jumlah penukaran peledak beg udara Takata bahagian pemandu sudah pun mencapai 80.2 peratus manakala bahagian penumpang hadapan pula sebanyak 55.9 peratus.

Suka juga untuk dimaklumkan bahawa stok peledak beg udara bahagian pemandu dan penumpang hadapan kini 100 peratus sudah tersedia.

Honda Malaysia kekal komited dalam usaha ini dengan menganjurkan pelbagai aktiviti penukaran termasuk di pusat membeli belah terpilih seluruh negara dan juga program jelajah bergerak pada setiap hujung minggu bulan Julai ini.

Aktiviti itu adalah tambahan kepada program penukaran sedia ada di kesemua pengedar sah Honda dan stesen minyak Petronas terpilih.

Honda Malaysia juga ingin merakamkan penghargaan buat PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) di atas kerjasama yang diberikan di mana ramai pemilik telah berkunjung ke stesen minyak Petronas untuk menggantikan peledak beg udara.

Honda Malaysia akan meneruskan program gantian di pusat membeli belah di seluruh negara dan akan menambah lagi beberapa lokasi penukaran.

Proses penukaran di hab penukaran di pusat membeli belah dan stesen minyak Petronas terpilih tidak memerlukan sebarang temu janji. Pemandu hanya perlu membawa kereta mereka yang terjejas ke sana.

Pemilik kenderaan juga boleh membuat temu janji dan memandu kenderaan mereka ke pusat servis Honda bagi menukar peledak beg udara yang sangat penting untuk diganti baharu.

Kesemua kos penukaran peledak beg udara bahagian pemandu dan penumpang hadapan ditanggung sepenuhnya oleh Honda Malaysia.

Pemilik kenderaan Honda boleh memeriksa status kenderaan mereka melalui kaedah berikut:

Talian bebas tol: 1-800-88-2020

Laman web: www.honda.com.my atau www.productrecall.honda.com.my

Untuk semakan pusat penggantian dan tarikh aktiviti penukaran, sila klik di sini.

Silakan kongsi:

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.