HONDA MALAYSIA BANGKIT LEBIH KUAT PADA TAHUN 2012

Kuala Lumpur, 9 Mac 2012 – Honda Malaysia Sdn. Bhd. (Honda Malaysia atau Syarikat) hari ini meraikan kedatangan tahun yang menggembirakan buat Syarikat pada Majlis Malam Media Tahunan. Dengan tema ‘It’s On’, Honda Malaysia berkongsi mengenai bagaimana ia menangani segala cabaran pada tahun 2011 dan menjadi lebih tabah selepas mengharunginya. Dengan penuh semangat dan harapan, Honda Malaysia optimis terhadap tahun 2012.

Berucap pada majlis tersebut, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, En. Yoichiro Ueno berkata, “2011 merupakan tahun yang sukar dan mencabar buat Honda. Namun begitu, dengan semangat “Challenging Spirit” yang telah diterapkan ke dalam diri kami oleh pengasas Honda, En. Soichiro Honda, kami bangga untuk menyatakan bahawa kami telah mengharungi segala halangan dan mendapat pengajaran penting daripada pengalaman tersebut. Melalui semua ini, kami kini lebih tabah dan yakin tahun 2012 akan menjadi lebih baik untuk Honda.”

Meskipun tahun lalu amat sukar dan mencabar, bermula dengan gempa bumi di Jepun dalam bulan Mac dan diikuti oleh banjir di Thailand dalam bulan Oktober, Honda Malaysia berjaya mencapai beberapa pencapaian yang signifikan. Honda Malaysia mengekalkan komitmennya terhadap kepuasan pelanggan dan telah dianugerahkan dengan Penarafan Tertinggi dalam Kajian Indeks Kepuasan Jualan Malaysia (SSI) pada September 2011 oleh J.D. Power Asia Pasific 2011. Honda City, CR-V dan Accord pula berada di kedudukan (ranking) tertinggi dalam Kajian Permulaan Kualiti Malaysia (IQS) pada November 2011, juga oleh J.D. Power Asia Pasific 2011.

“Anugerah-anugerah ini membuktikan dedikasi dan komitmen daripada pekerja Honda dan para pengedar kami dalam menyediakan produk serta perkhidmatan berkualiti. Di sebalik rintangan yang dialami, kami mampu menjual 32,482 unit dan mengekalkan posisi No. 2 kami dalam segmen kereta bukan nasional. Tahun sukar itu berakhir dengan satu noktah yang baik iaitu pelancaran model Honda CR-Z yang membawa keterujaan ke dalam segmen hibrid. Tahun 2011 juga merupakan tahun penonjolan hibrid, dan Honda Insight muncul sebagai model hibrid terlaris dengan jualan sebanyak 4,568 unit dalam tahun 2011 iaitu penguasaan pasaran sebanyak 54%,” tambah En. Ueno.

Dari aspek CSR, biasiswa Honda Dreams Fund (HDF) Honda Malaysia berjaya memenuhi impian 100 orang remaja yang kurang berkemampuan di Malaysia sepanjang tahun 2007 hingga 2011.

Mengulas mengenai perancangan Honda bagi tahun 2012, En. Ueno memberitahu, “2012 akan menjadi tahun yang lebih baik. Ia akan menjadi tahun pemulihan buat Honda Malaysia dengan kebangkitan lebih tabah hasil cabaran tahun 2011. Saya berbesar hati untuk mengumumkan bahawa kilang pengeluaran Honda di Melaka akan memulakan kembali pengeluarannya pada 20 Mac 2012. Menjelang akhir April 2012, kami akan kembali semula 100% pengeluaran dengan penghasilan sebanyak 180 buah kereta sehari. Keutamaan kami pada masa sekarang adalah untuk menepati tempahan yang telah diterima dan bekerjasama rapat dengan para pengedar untuk memastikan penghantaran segera dilakukan tepat pada masanya. Pada hari kami menggantung pengeluaran pada Oktober 2011, kami mempunyai sebanyak 2,900 tempahan pelanggan. Setelah pengeluaran terjejas dan kami tidak dapat menjawab tentang masa penghantaran kereta, kami masih menerima banyak tempah dan kini mempunyai lebih daripada 5,000 tempahan pelanggan untuk model CKD. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pelanggan ini yang memahami keadaan yang kami hadapi, sanggup tunggu untuk penghantaran, dan terus memberi sokongan kepada Honda sepanjang kami mengharungi waktu penuh mencabar ini.”

Honda Malaysia meletakkan sasaran jualan sebanyak 46,500 unit pada tahun 2012. Ini merupakan peningkatan sebanyak 31% berbanding jualan bagi tahun 2011. Dengan sentimen pembeli yang berterusan dan model-model baharu yang menarik termasuk model biasa dan hibrid yang dijangkakan, Honda Malaysia menjangkakan volum keseluruhan industri (total industry volume, TIV) mampu mencecah lebih daripada 618,000 unit dan mensasarkan untuk mencapai 7.5% daripada jangkaan TIV tersebut.

Honda CR-Z serba baru telah menerima hampir 1,000 tempahan sah dalam masa empat bulan pertama. “Kami amat gembira melihat sambutan yang semakin baik terhadap teknologi hijau dan kenderaan hibrid di Malaysia. Honda Malaysia berjanji untuk membawa lebih banyak pilihan kenderaan hibrid serta terus mendidik dan mencetuskan kesedaran mengenai teknologi-teknologi hijau di kalangan rakyat Malaysia,” kata En. Ueno.

Dalam majlis sama, Honda Malaysia mengulangi komitmen terhadap perniagaannya di Malaysia. Honda baru sahaja siap membina gudang barunya dalam bulan Januari dengan pelaburan sebanyak RM50 juta. Dengan perancangan menarik dan model-model baru, Honda Malaysia juga telah mengadakan majlis pecah tanah bagi Pusat Pemeriksaan Pra-penghantaran (PDI) dan Litar Ujian Kualiti bernilai RM40 juta yang baru di kilangnya di Pegoh minggu lalu. Syarikat juga merancang untuk menambah kemudahan pengilangan dalam usaha untuk terus memberi perkhidmatan lebih baik kepada pelanggan di Malaysia.

Dalam ucapan penutupnya, En. Ueno berkata, “Dengan penuh harapan dan semangat untuk 2012, kami akan giat berusaha untuk menjadi sebuah syarikat di mana masyarakat mahu kami wujud dan menjalankan kepakaran kami iaitu menyediakan produk dan perkhidmatan dengan kualiti tertinggi serta menjadi warga korporat yang bertanggungjawab.”

Silakan kongsi:

5 comments

Skip to comment form

  1. no more honda by bye

  2. Sepat : aikk…serius nampok

  3. serious bye bye honda

  4. Goku and gang

    gua bye bye Honda tu sebab gua beralih pada kereta jepun lain.. my heart still with Jap car.. maybe belum rejeki nak pakai continental tapi gua berani ckp kualiti jap sekarang sedikit menyamai kesedapan memandu kereta konti sendiri..

    mcm gua ckap sebelum ni..kita kena kurangkan dominasi H dan T ..actually semua kualiti Jap car ok tapi yg menjadikan harga gila babun ialah permintaannya.. sales tinggi.. rega mula karut.. to me ada juga sales tak tinggi tapi rega karut cuma berbaloi sebab kateogri premium dia dan premium honda accord banyak tawarkan ciri2 yang ada pada konti..

    itu ajelaa gua nak komen sebab gua pikir kalau gua pakai euro.. kompom pakai kat KL tak berbaloi so gua pakai auto aje laaa sampai ketua kehkehkeh

    • balalang_kontot on 18/03/2012 at 4:34 AM
    • Reply

    sepat,takde pun iklan myvitec spesel eksen utk dijual…
    keh keh keh…

    sume org ade kete idaman/kesukaan/kegilaan etc masing2..
    so kite takleh nak nafikan minat org..
    cam gua, sejak gua boleh berpikir (umur dlm 4tahun camtu) gua da start minat Proton Saga.
    gua da pakai Wira, jual.
    pakai Waja, ilang jumpe balik,pakai balik..
    last2 gua terpaksa akur yg gua minat Saga sepenuh jiwa raga.
    terpaksa gak beli Saga sebijik…
    orang lain kate Saga tak selesa.
    gua akui banyak kete lebih selesa dari saga, tapi jiwa gua tenang bile drive saga (esp aeroback)…
    tapi jangan jadi cam baii, abis sume keter die nak beli…
    tapi pakainye kejap..
    hahaha
    jangan marah ye baii…

Leave a Reply to sepatCancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.