Honda Jazz Wajah Baru

Honda Jazz Malaysia 2011.08

Honda Malaysia Sdn. Bhd. [HMSB] pada Rabu melancarkan Jazz wajah baru. Model baru itu didatangkan dengan gayaan sporty, keselamatan dan utiliti yang dipertingkatkan serta warna baru.

Sejak pertama kali diperkenalkan pada 2001, Jazz telah banyak memenangi hati peminat di serata dunia dengan rekaan ikonik dan ruang yang luas, serbaguna serta hemat minyak yang menjangkaui tanggapan pelanggan mengenai kereta kompak konvensional. Bukan setakat memenangi pelbagai anugerah daripada pelbagai agensi dan media, kedua-dua generasi Jazz telah terjual sebanyak 3.7 juta unit di seluruh dunia.

Mengikut Yoichiro Ueno, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif HMSB, Jazz menjadi pilihan pasangan dan individu yang mencari kombinasi imej bergaya dan pemanduan menyeronokkan tanpa mengorbankan keselesaan, ruang dan prestasi kereta bersaiz sederhana.

Honda Jazz Malaysia 2011.03

Antara ciri-ciri tambah nilai pada Jazz itu ialah Vehicle Stability Assist [VSA] yang berfungsi bagi menghalang kenderaan dari menggelincir semasa selekoh. Pada bahagian luaran, Jazz dipasangkan bampar depan dan belakang yang lebih aerodinamik selain daripada lampu kabus baru. Pada bahagian kabin, ruangnya disegarkan semula dengan skema warna baru iaitu kombinasi biru-hitam pada kerusi dan panel pintu serta cahaya berwarna ambar pada meter kelajuan dan paparan audio.

Spesifikasi enjin Jazz masih lagi dikekalkan iaitu 1.5 liter i-VTEC 120ps yang dipadankan dengan transmisi 5 kelajuan automatik. Sistem keselamatan pula terdiri daripada dua beg udara, ABS dan tambahan penahan kepala pada penumpang tengah belakang.

Honda Jazz Malaysia 2011.10

Jazz baru ditawarkan dengan satu warna ekstra iaitu Brilliant Orange Metallic di samping warna sedia ada iaitu Polished Metal Metallic, Crystal Black Pearl dan Brilliant White Pearl.

Perubahan-perubahan yang dilakukan walau bagaimanapun tidak melibatkan sebarang peningkatan harga, masih lagi kekal pada RM109,800…

-Mak/d Uia-

Muhammad

10 Comments

  1. jangan beli .. mahal!!.. dah ler bumper buruk eeuuwwwwww..keh keh keh

    VSA tu bukan dah ada pada model sama tahun 2008 ker?

  2. CM Punk

    itu fiestaa gua antar majalah sulah book maaa.. nanti sudah beli gua posing mcm kereta gua punya lepas tu hantar majalah mangga

Kata Anda//