Honda Jazz Hybrid

Honda Jazz Hybrid.02

Versi hybrid Honda Jazz bakal diperkenalkan pada Pameran Kereta Paris akan datang yang hanya tinggal lebih kurang dua minggu sahaja lagi. Dengan sistem hybrid menjadikan Jazz model pertama seumpamanya dalam segmen B dan ‘barang pasti’ kereta global ini lebih menjimatkan minyak di samping emisi yang rendah.

Honda Jazz Hybrid.01

Jazz Hybrid digerakkan enjin yang sama seperti Insight iaitu i-Vtec 1.3 liter IMA dan dipadankan transmisi CVT. Seperti Insight dan Civic Hybrid motor elektrik akan menggerakkan kereta dalam kelajuan sederhana dan rendah manakala enjin biasa akan mengambil alih tugas pada kelajuan tinggi. Selain daripada itu, walaupun badan Jazz lebih tinggi [yang bermakna lebih rintangan angin] dari Insight tetapi dikatakan penggunaan minyak dan pengeluaran CO2 lebih kurang sama sahaja.

Untuk visual pula, lampu utama kebiru-biruan, lampu belakang telus cahaya, jeriji depan baru, bampar baru dan tailgate garnish krom adalah antara ciri-ciri yang membezakan antara model Hybrid dengan yang biasa. Warna baru turut ditawarkan iaitu Hijau Metalik Limau Nipis. [Gua yang tolong terjemah ok – Matpon].  Suasana kabin turut diberi perhatian dengan pencahayaan biru pada gugusan meter dan suis-suis kemudian dikontraskan dengan papan pemuka berwarna gelap.

Penawaran terbaru Honda ini adalah sempurna, untuk mereka yang tak berapa  gemar dengan desain Insight ataupun CR-Z. Jika kena pada harga saya yakin model ini akan menjadi hit seperti Jazz sedia ada.

Sumber: Newspress

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

10 comments

Skip to comment form

    • C27 on 15/09/2010 at 8:05 AM
    • Reply

    sepat mesti suka ni..

  1. Ape lagi en sepat…kasi trade in la…huhu..

    • belalang_kontot on 15/09/2010 at 9:19 AM
    • Reply

    mak uia pon bukan suke jazz gak ke?hehehe

    • 6posen on 15/09/2010 at 10:35 AM
    • Reply

    …hage bliau musti mncarut nihhh…

  2. jazz yg tak haiberid pon dah mencarut…….

    • apis on 15/09/2010 at 7:42 PM
    • Reply

    Honda Jazz Hybrid…. cam best…
    tp kete ni de versi manual x???

  3. aku pun rase nak mencarut gak…tgk saje lerrr

    • eten on 16/09/2010 at 10:04 PM
    • Reply

    jazz.yakni honda jazz..memangCantiktapiperemium..ahaks..memang mampu beli pda thun duaribuduapuluhlapan nanti.

    • azwan nbs on 16/09/2010 at 11:18 PM
    • Reply

    mesti mahal sampai nak mencarut siang malam…

    • sepatkatkampung on 17/09/2010 at 12:27 PM
    • Reply

    pakai aje myvi mvm gua.. lepas tu make up mcm jazz.. Imalaysia can maaaaa!!!

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.