Honda Jazz Hybrid – RM94,800

Honda Malaysia Sdn Bhd baru-baru ini melancarkan Honda Jazz Hybrid dan paling menarik dengan harga RM94,800, menjadikannya kereta hibrid paling murah di pasaran.

Direka untuk pemanduan harian, Jazz Hybrid mempunyai kombinasi ciri-ciri keluasan, utiliti, penjimatan minyak, emisi karbon yang rendah, perincian, keselesaan dan keselamatan ke dalam satu pakej yang menarik. Bahagian bawah kereta direka khusus untuk memperolehi keseimbangan bagi penggunaan sistem IMA Honda.

Jazz Hybrid didatangkan dengan enjin 1.3L i-VTEC + IMA hybrid dan ciri-ciri standard lain yang ada pada Jazz iaitu Ultra Seat, Paddle Shift dan bonet yang luas untuk praktikaliti dan ruang barang. Jazz ialah sebuah kereta yang nampak kecil diluar tetapi besar di dalam hasil daripada rekaan yang memaksimumkan ruang.

Sistem hibrid IMA yang digunakan Jazz baharu ini adalah sama seperti model Insight dan CR-Z. Dengan tempoh pembangunan selama 20 tahun dan separuh daripadanya berada di dalam pasaran, sistem itu telah terbukti fleksibel dan boleh diharap. Setakat ini sebanyak 800,000 kenderaan hibrid Honda berada di atas jalan di seluruh dunia.

Pek bateri IMA dan Intelligent Power Unit (IPU) diletakkan di bawah kawasan bonet dan hasilnya ruang penyimpanan barang tidak terganggu. Ciri-ciri lain yang terdapat pada Jazz Hybrid ialah enam beg udara, Hill-Start Assist dan lima warna pilihan iaitu Fresh Lime Metallic, Alabaster Silver, Milano Red, Crystal Black Pearl dan Taffeta White.

Honda Malaysia mensasarkan untuk menjual 3,000 unit Jazz Hybrid untuk tahun ini dan akan terus memperkenalkan model hibrid untuk pasaran tempatan. Sasaran jualan kereta hibrid Honda untuk tahun ini ialah sebanyak 10,000 unit.

Jazz Hybrid didatangkan dengan jaminan 5 tahun atau 140,000km untuk bateri IMA, sama seperti Insight dan CR-Z dan merupakan antara tempoh yang terpanjang di dalam pasaran.

Silakan kongsi:

9 comments

Skip to comment form

    • belalang_kontot on 26/03/2012 at 8:14 AM
    • Reply

    gua balik keje semalam terserempak dengan lori treler angkut kereta jazz ni…
    smart gak le tgk dpn mate….
    en sepat taknak beralih angin?hehe

  1. gua tetap dgn myvi biru ku ini .. hybrid not in mind yet hehe

  2. sebenarnya sepat memang dah beralih angin pun…kehkehkeh.. apa barang layan 1.5..

  3. Istana Takashi

    usahkan evo…skyline pun gua tgk aje..

    anyway gua dah pi check hybrid ni.. not bad jugak.harga dia tu murah sikit laa dgn yg type V .. sesuai utk commute tgh bandar dan penting minyak sure jimat..

    C27

    gua tetap JDM keh keh keh

  4. Mahal…mahal lg drpd Myvi gua…haha

  5. Istana Takashi Sorimachi Fukushima Hait….Myvi je yg termampu der…asalkan ade kenderaan udoh… yg kutuk tu pun blom tentu mampu pkai myvi apatah lagi Vios…kekekekeh

    • kete_hitam on 28/03/2012 at 10:47 AM
    • Reply

    Wa sokong incik helmi……..

  6. pakmuk…koyak plastik paling puas ati…ade warranty sumer cukup…tak perlu risau ape2 sampai warranty tamat

    • nadia on 09/05/2012 at 4:09 PM
    • Reply

    wiii…cun3

Leave a Reply to sepatCancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.