Honda Insight: Kereta Hibrid Termurah!

Honda Insight.50

Berlawanan dengan persepsi umum bahawa kereta hibrid sukar diterima kerana rekabentuk yang tidak praktikal serta harga yang mahal, Honda Malaysia baru-baru ini memperkenalkan Insight baru untuk pasaran tempatan. Model ini membuka lembaran baru dalam segmen hibrid dengan rekabentuk menarik dan ciri-ciri praktikal membolehkan pengguna memiliki kereta mesra alam.

Buat yang ragu-ragu, Honda Insight didatangkan dengan lima tahun waranti atau 140,000 km yang mana dahulu dan Honda Malaysia juga akan menurunkan harga alat ganti terutama sekali baterinya sehingga 40%.

Honda Insight.65

Dengan azam untuk mengurangkan emisi CO2, model baru ini dibina berdasarkan empat tetapan iaitu mesra alam sekitar, praktikal, menyeronokkan dan mampu dimiliki. Hasil daripada konsep itu ialah kereta hac lima pintu dengan bentuk yang aerodinamik yang diinspirasikan daripada Aero Athlete. Badan baji [wedge] yang tajam menggambarkan pergerakan atletik manakala garisan-garisan badan pula menjadikan kereta ini kelihatan dinamik. Di samping itu, rekabentuk interior yang futuristik menjadikan Insight sebagai satu pakej yang seronok untuk dipandu dan praktikal.

Honda Insight.14

Honda Insight dikuasakan oleh sistem Integrated Motor Assist [IMA] baru yang turut menyimpan tenaga kinetik sewaktu kenderaan membrek dan nyahpecutan serta membekalkan tenaga bila diperlukan. Sistem hibrid Insight terdiri daripada beberapa komponen iaitu enjin 1.3 liter SOHC i-VTEC berkuasa 88ps, motor elektrik berkuasa 10kw [14ps] dan Intelligent Power Unit [IPU] yang diperbaharui yang mana 19% lebih kompak dan 28% lebih ringan. IPU diletakkan di bawah bonet belakang menjadikan ruang kargo lebih luas, bersaiz 400 liter dan boleh memuatkan 3 beg golf. Kerusi belakang 60:40 pula jika dilipat akan menambah lagi ruang kargo kepada 584 liter.

Honda Insight.62

Sistem transmisi CVT pula menjadikan Insight lebih lancar dengan tork yang tinggi untuk prestasi, mendaki bukit, kuasa pembrekan enjin yang lebih serta pemanduan yang senyap.

Sebagai panduan kepada pemandu untuk menikmati sepenuhnya pemanduan yang menjimatkan, Insight mempunyai Eco Assist yang menggabungkan beberapa fungsi seperti mod ECON yang mengoptimumkan penggunaan CVT, komponen enjin untuk penjimatan minyak, sistem maklum balas kepada pemandu dengan warna latar belakang paparan meter kelajuan sebagai panduan memandu dan grafik berbentuk daun sebagai indikasi pemanduan yang efisyen.

Honda Insight.59

Dari segi keselamatan pula, Honda Insight mencapai skor 6 bintang JNCAP untuk pemandu dan 5 bintang untuk penumpang. Terdapat lima opsyen warna iaitu Premium WHite Pearl, Dyno Blue Pearl II, Alabaster Silver Metallic dan Crystal Black Pearl.

Jika anda berminat, kesemua pakej hijau ini hanya berharga RM98,000, hibrid termurah di pasaran dan setakat ini sudah 500 tempahan diterima, bukti yang cukup bahawa pengguna bersetuju dengan paras harganya. Jika statistik ini konsisten Honda Malaysia mungkin membawa masuk beberapa model hibrid lain. Ada harapan untuk peminat CR-Z.

Teks: Honda

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

16 comments

Skip to comment form

    • e-pi on 21/12/2010 at 8:16 AM
    • Reply

    gua harap CR-Z msuk msia…tgh kumpul duit ni…hehehe

    • Han on 21/12/2010 at 8:17 AM
    • Reply

    wahlaweh, RM98k??

    • Ahli Pak Leman on 21/12/2010 at 8:43 AM
    • Reply

    Wau… murah lagi siot… akan diusahakan

    • jelapangpadi on 21/12/2010 at 8:46 AM
    • Reply

    gua suke tngok dashboard dia…canggih…moden gitu..

    • belalang_kontot on 21/12/2010 at 9:01 AM
    • Reply

    pergh…terbaek jo..

  1. rasanya susah nak dptkan cr-z masuk ke sini.. strategi Honda Malaysia mudah… jual kereta mesti laku dan segmen kete penumpang 4 pintu ni antara yang mudah dijual .. cr-z utk org muda tapi berapa ramai yang minat? end up model cr-z ni nanti hanya dijual dari grey importer aje la kut..

    • zephyr on 21/12/2010 at 9:38 AM
    • Reply

    drp beli inspira baik beli keter ni

  2. barangkali Naza akan bawa masuk CR-Z ni nanti..

  3. zephyr

    comparison mestilah apple to apple bukan apple to jering hehehe

    • baii on 21/12/2010 at 11:16 AM
    • Reply

    crz memang masuk tahun depan tapi taktau bila

    • cb400vtec on 21/12/2010 at 12:43 PM
    • Reply

    haa…baii da kuar stetment tu…
    tp best gak kete nih..lg murah lg bgus..
    bg la subsidi sket..tgh diusahakn pulusnya..
    yg penting rakyat mesia psg niat dulu..go green..

  4. betul ker baii.. aduyai.. tolong rege jgn ilang akal .. takpun.. CKD aje kat sini keh keh keh

  5. murah.. lawa.. dan paling penting jimat minyak..
    dapatkan honda insight atau kereta2 lain di:
    ohkereta.wordpress.com

  6. erm…kawan gua dah book sbijik…gua masih blom berkemampuan….tumpang kete kawan je la…hahaha

    • smut_liar on 22/12/2010 at 9:16 AM
    • Reply

    gua still lg x mampu nak beli..
    stakat tgk gambor je lar…

    • Abangbro on 22/12/2010 at 10:59 AM
    • Reply

    mcm prius r weh

Leave a Reply to AbangbroCancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.