Honda HR412E: 1.6 Direct Injection Turbo!

Baru-baru ini Honda telah mengumumkan suatu perkara dan memberi signal yang sangat penting di dalam dunia automotif terutama sekali Honda Freaks seluruh dunia. Pengumuman yang dimaksudkan ialah enjin perlumbaan HR412E yang akan digunakan pada Civic WTCC di dalam FIA World Touring Car Championship.

Dibangunkan di Pusat P&P (R&D) Honda di Tochigi, Jepun, enjin HR412E bersesaran 1.6 liter 4 silinder yang didatangkan dengan pengecas turbo dan suntikan terus. Enjin itu mengikut undang-undang FIA untuk WTCC.

Daisuke Horiuchi, Ketua Projek Pembangunan WTCC di P&P Honda berkata, “Di dalam proses pembangunan teknologi enjin pembakaran dalaman (internal combustion) yang berterusan, kecekapan thermal (suhu) merupakan kunci utama kepada penambah baikan yang mana tidak terkecuali untuk enjin perlumbaan. Enjin HR412E dilahirkan daripada proses itu, dengan sasaran untuk mencapai lebih kecekapan. HR412E adalah simbol generasi baharu enjin perlumbaan daripada Honda. Kesemua jurutera di Pusat P&P di Tochigi bekerja keras untuk membangunkan enjin perlumbaan ini yang akan memberikan driveability yang bagus kepada pemandu kami tanpa kompromi pada puncak prestasi kuasa.

“Kami percaya inovasi yang mendorong kepada enjin yang revolusi ini akan memberi faedah bukan sahaja pada trek perlumbaan bahkan menambah kecekapan enjin normal kami.”

Enjin HR412-E telah dihantar ke bengkel Honda Racing Team JAS di Milan, Itali di mana Civic WTCC dibangunkan dan dengan jayanya melepasi kesemua ujian. Honda Civic WTCC akan dipandu oleh Gabriele Tarquini dan Tiago Monteiro.

Buat permulaan, Honda akan menghantar sebuah kereta dahulu yang dipandu oleh bekas pelumba Formula Satu iaitu Tiago Monteiro yang akan berlumba di dalam tiga perlumbaan bermula di Suzuka pada Oktober nanti. Honda R&D dan Mugen akan memberi sokongan kepada pasukan perlumbaan itu.

Newspress

@muhd_gt

ps: No Racing. No Honda.

Silakan kongsi:

1 comment

    • pelug on 30/07/2012 at 9:41 AM
    • Reply

    kalau honda buat untuk mass production kan best.

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.