Honda EX5 Fi Edisi Terhad Sempena Ulang Tahun ke-30 di Malaysia 100 juta unit Siri Super Cup

Boon Siew Honda (BSH) bakal melancarkan Honda EX5 Fi Edisi Terhad yang akan didatangkan dalam dua rekaan iaitu Self/Drum/Spoke dan Self/Drum/Cast.

Honda EX5 turut menyumbang kepada pengeluaran siri super cub sebanyak 100 juta unit dan merupakan motosikal paling lama bertahan di pasaran Malaysia pada masa ini.

Diperkenalkan pada tahun 1987, EX5 mempunyai warisan yang teguh dan kisah tersendiri dalam kalangan rakyat di negara ini.

Menjadi salah satu daripada kapchai yang paling penting dalam merintis pengangkutan dua roda pada masa lalu, siri Honda EX5 kekal relevan dan bergaya menerusi pengenalan model terbaharu.

“BSH amat berbangga dalam pengeluaran EX5 yang menyumbang terhadap landskap pengangkutan di Malaysia sejak tahun 1987. Ia mewakili warisan selama 30 tahun dan masa hadapan BSH. Pengenalan EX5 Fi Edisi Terhad adalah sebagai tanda sumbangan kami ke arah pencapaian pengeluaran sebanyak 100 juta unit dalam Siri Super Cub di peringkat global,” kata Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan BSH, En. Nobuhide Nagata.

Honda EX5 Fi Edisi Terhad didatangkan dengan enjin 109.1 cc lejang tunggal penyejuk udara. Dikuasai oleh sistem bahan api PGM-Fi Honda, menghasilkan 8.35 kuasa kuda pada 7,500rpm dan 8.4Nm tork pada 6,000rpm.

Honda EX5 Fi Edisi Terhad akan didatangkan dalam dua rekaan pada harga bermula dari  RM5,309.54 (Self/Drum/Spoke) dan RM5,563.94 (Self/Drum/Cast). Harga  dinyatakan adalah harga asas termasuk GST.

Silakan kongsi:

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.