Honda CRZ Mugen!

Honda CRZ Mugen001

Semakin berusia minat kita terhadap jenis kereta pun berubah, kalau dulu melayan turbo dan Vtec sekarang ini mungkin kita hanya selesa dengan kereta standard kapak gear auto dengan peredam bunyi bass. Nak tekan klac berat-berat pun dah malas. Biarlah orang kata tak rock pun tapi kita yang tiap-tiap bulan tuang minyak dan jumpa Encik Bank. Kalau sekutu nak tau skru GT pun dah pandu kereta N/A kecuali Encik Amid dengan Subaru Forester Turbo.

Dan sekarang ini zaman hibrid, bosan macamana pun kita dengan teknologi ini lambat laun ianya akan melanda juga sama macam kita kutuk orang pandu kereta auto dulu. Sekarang ni dah jadi koman sangat, semua pandu auto, nak-nak dengan teknologi klac berkembar, memang cekap. Dan hibrid yang saya berkenan sangat ialah CRZ ini. Memang cun dan gaya CRX zaman dulu. Pakai kasut Aliph rambut belakang kasi panjang, tepi kasi nipis, depan ada jambul sikit.

Kini Mugen melancarkan aksesori untuk CRZ, pelanggan boleh membeli kit badan aero, komponen penalaan enjin, suspensi, brek dan aksesori interior. Satu hal tentang aksesori macam ini kita boleh beli tapi dengan niat untuk keselamatan dan bukan untuk menunjuk. Dan iya, kit badan memang membantu kereta meluncur dengan lebih stabil dan meyakinkan.

Di UK, barangan Mugen untuk CRZ ini diuruskan oleh Torque Developments Plc.

Sumber & Foto: Newspress

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

20 comments

Skip to comment form

    • Sekeru Longgaq on July 2, 2010 at 8:28 am
    • Reply

    design memang cantik,seksi..

    • apis on July 2, 2010 at 8:39 am
    • Reply

    aku stuju…
    body die mmg cun….
    bile kete ni nk msuk mlysia….?

    • basikal on July 2, 2010 at 8:42 am
    • Reply

    cantik..menarik..memang daboom..

  1. hensem sungguh kereta ini

    • belalang_kontot on July 2, 2010 at 9:14 am
    • Reply

    huhu…aku pun nyesal kutuk2 org pakai keter auto dlu…skrg sebok nk carik kete auto…anyway kete ni kalo masuk msia harga mesti mencarut kn…

    • on July 2, 2010 at 9:50 am
    • Reply

    Erk Mak…bape rege kete ni OTR kat Mesia?..nak check bape belen acc dlm bank jap..huhu..

    • jual air soya on July 2, 2010 at 9:54 am
    • Reply

    haha…aku pn de kasut skolah dulu brand Aliph,jenis de pemantul cahaya 2…sme ke tak eh…
    betul2 dulu auto dipndg serong,skrg aku mencari..

  2. bwk auto laa baru rasa mcm naik keta f1 huhu

    • abgDOL on July 2, 2010 at 2:39 pm
    • Reply

    CRZ pakai B16A ke pakai k20a??

    • azwan nbs on July 2, 2010 at 2:41 pm
    • Reply

    rxz tak hybrid….???

    • on July 2, 2010 at 3:28 pm
    • Reply

    keta aku manual lah!

    • pok mat on July 2, 2010 at 3:52 pm
    • Reply

    aku pun bru tukar gearbox auto. relak and stedi.

    • pok mat on July 2, 2010 at 3:55 pm
    • Reply

    semart nye ini kereta.

    • on July 2, 2010 at 5:00 pm
    • Reply

    Pkai manual baru la jantan skit…auto elok untuk pompuan jer..

    • kradillion on July 3, 2010 at 12:18 am
    • Reply

    pakai auto ok ape….alangkan F1 pun guna auto gak….leh je bwk laju…

    • jelapangPadi on July 3, 2010 at 9:36 am
    • Reply

    gila ah mantap design keto nie..

    • pelug on July 4, 2010 at 7:18 am
    • Reply

    kasut aliph skang nie dah pupus agaknya

  3. Aku dah nampak dah budak sekolah pakai kereta ni warna merah.. plat WTY… Klimax terus aku bila terpandang..

    • iniesta suke jatuh on July 12, 2010 at 6:10 am
    • Reply

    rxz aku dah tukar gearbox auto pon

    • pali on August 9, 2010 at 5:47 pm
    • Reply

    berapa agak2ny harga dia ye?

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.