Dec 29

Honda CR-Z: One Motion Wedge

Honda CR-Z 2010.01

Berdasarkan keghairahan Honda dalam meluaskan potensi kenderaan hibrid dan membolehkan pelanggan merasai keseronokan baru, CR-Z dibina dengan tiga nilai teras iaitu Emotional (penampilan dan perasaan emosional), Exciting (keseronokan memandu) dan Smart (bertanggungjawab kepada persekitaran).

Honda CR-Z 2010.02

Gaya CR-Z berkonsep baji dalam satu gerakan (one-motion wedge) dengan garisan bonet yang rendah menjadikannya kereta dua pintu yang sporti dan aerodinamik. Sebagai kereta hibrid sport manual enam kelajuan pertama dunia, CR-Z bermaksud “Compact Renaissance Zero” dan menunjukkan komitmen Honda dalam cabaran mencipta sebuah kereta kompak baru tanpa terikat kepada nilai coupe tradisional.

Honda CR-Z.09

Baru-baru ini, CR-Z dianugerahkan Japan Car of The Year 2010/2011 oleh Ahli Jawatankuasa Eksekutif Japan Car of The Year. Digerakkan oleh enjin i-VTEC 1.5-liter dan sistem Integrated Motor Assist™ (IMA®) kecekapan petrolnya ialah seliter untuk perjalanan sejauh 25 kilometer.

*Angka untuk versi CVT, berdasarkan hasil 10 hingga 15 ujian kecekapan petrol yang dilakukan Kementerian Tanah, Infrastruktur, Pengangkutan dan Pelancongan Jepun.

Sumber: Teks rasmi HMSB

Foto: HMSB/GT

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

9 comments

Skip to comment form

    • Sekeru Leaking on December 29, 2010 at 8:40 am
    • Reply

    ape2 hal pun Honda memang terbaik…

  1. one of my wish list..

    • azwan nbs on December 29, 2010 at 1:27 pm
    • Reply

    cantek bro…

  2. Gua rasa kete dua pintu ni prinsip dia sama macam satria atau veyron

    • Ahli PakLeman on December 29, 2010 at 2:34 pm
    • Reply

    Gua sokong Mat Pon, bini gua mesti marah beli kereta 2 pintu especially masa dia pregnant. Susah tu nak masuk dok belakang sebab kat depan nak letak anak sulung.

    • belalang_kontot on December 29, 2010 at 2:43 pm
    • Reply

    ni keter bawak awek..kalo da ade family, sekali sekala leh la bawak bini besiar2 nek keter ni…hehehe….kalo yg gatal sket, bawak calon bini no2 besiar2…hahaha

  3. cantik…menarik…tertarik…cuma 2 pintu yg buat kureng skit…

    • 6posen on December 30, 2010 at 10:17 am
    • Reply

    …aku tggu ex5 hybrid…hehe

    • smut_liar on December 30, 2010 at 10:06 pm
    • Reply

    honda wa solut….

Kata Anda//