Feb 17

Honda Civic [UK] Limited Edition

Honda Civic Ti 2011.01

Penampilan kereta lumba dan digabungkan dengan peralatan interior spesifikasi tinggi, inilah dia Civic Ti, model edisi terhad Honda. Model terhad ini diasaskan daripada dua varian iaitu 1.4 dan 1.8 i-VTEC SE.

Civic 5 pintu ini diinspirasikan daripada kereta lumba Honda dalam British Touring Car dan didatangkan dengan roda 17 inci Pro Race daripada Team Dynamics iaitu rakan Honda dalam BTCC.

Honda Civic Ti 2011.03

Imej sporty roda berwarna matt black diteruskan dengan penggunaan kit badan GP yang diwarnakan Crystal Black yang kontra dengan badan kereta berwarna Premium White Pearl.  Kit GP terdiri daripada spoiler depan dan belakang, skirt sisi dan belakang.

Honda Civic Ti 2011.02

Di dalam kokpit, Civic Ti dilengkapi sistem multimedia Pioneer yang juga penaja Honda dalam BTCC. Set Pioneer mempunyai fungsi navigasi satelit skala penuh, hiburan dan komunikasi dengan grafik 3D skrin sesentuh. Sistem multimedia ini mempunyai pengkalan data 44 negara dan berupaya memainkan CD, DVD, iPod, iPhone dan soket USB.

Sudah namanya edisi terhad, Honda Civic Ti hanya akan dijual 500 unit sahaja. Harga model 1.4 i-VTEC adalah GBP 15,995 manakala 1.8 pula GBP 16,995.

-Mak/d Uia-

Silakan kongsi:

10 comments

Skip to comment form

    • phantom46 on February 17, 2011 at 8:13 am
    • Reply

    hmm..bole tahan

    • nz on February 17, 2011 at 10:02 am
    • Reply

    salam
    ni bukan cam adik beradik civic gak ke bang

  1. beza rega 1000GBP aje?

    ini adik beradik civic euro R

    • cb400vtec on February 17, 2011 at 11:32 am
    • Reply

    Woit kawan2…MK edisi TAS 2011 da kuar!!!
    gua jd org petame bli kot kt dlm mesia..huah..huah..
    mantap jack..sume gmbr de ulasan msg2..bru la fhm tgok gmbr..
    bagus MK..tahniah!!

  2. Sesungguhnya gua dengan Mat Kacau ada projek juta tapi setakat ini habuk aje ye ekekekeke

    • azwan nbs on February 18, 2011 at 11:25 am
    • Reply

    nak carik arr nanti…

    • fathi on February 18, 2011 at 12:57 pm
    • Reply

    civic euro r 3 pintu je kan…kalau 5 pintu camni gak best la…

    • belalang_kontot on February 19, 2011 at 12:31 am
    • Reply

    mengancam beb…yang kaler merah lagi garang gua rase…

    • megat putra kuning on February 19, 2011 at 3:27 pm
    • Reply

    ko bio betui…vtec?

    • ajim on February 19, 2011 at 3:44 pm
    • Reply

    i love honda

Kata Anda//