Honda Civic Euro Generasi Kesembilan

Honda Civic Euro 2011.01

Generasi kesembilan Honda Civic Hatchback untuk pasaran Eropah akan dipamerkan kepada umum pada September depan. Civic Euro baru dikatakan mempunyai rekabentuk yang menarik dengan ruang untuk penumpang dan barangan yang terluas di dalam kelasnya disamping mengekalkan kos pemilikan yang rendah melalui kualiti yang sinonim dengan jenama Honda.

Tahap kualiti dan keselesaan juga banyak dipertingkatkan daripada model sebelumnya. Kereta keluarga kecil Honda ini direka secara eksklusif untuk pasaran Eropah dan turut diuji pada keadaan jalan di sana. Pasukan Jurutera Honda menghabiskan banyak usaha dan masa bagi memperbaiki kualiti pemanduan dan pengendalian model baru ini yang dicapai melalui talaan suspensi.

Bagi memastikan ruang kabin dan barangan paling luas di dalam segmen C, Civic baru mengekalkan torsion beam belakang tetapi dengan beberapa penambahan seperti bush yang diisikan bendalir untuk memberikan pemanduan dan pengendalian terbaik buat pelanggan. Ianya turut diperkukuhkan bagi menjadikan kereta lebih stabil terutama sekali semasa kelajuan tinggi.

Newspress

-Mak/d Uia-

Silakan kongsi:

15 comments

Skip to comment form

    • jabroni on 05/08/2011 at 8:26 AM
    • Reply

    Myvi Lg Best 1.5 Extreme & SE, benchmarknya Honda City…. Kalau terajang body Honda City dengan Myvi, body Myvi lg kuat… xde bohong punye!

    • ex5 vtec on 05/08/2011 at 9:47 AM
    • Reply

    apesal la tak letak wishbone cam kembar dr jepon….

  1. belakang kompom mcm honda insight

    • belalang_kontot_dalam_kenangan on 05/08/2011 at 3:20 PM
    • Reply

    baru ari ni gua tau civic euro ni pakai torsion beam…

    • smut_liar on 05/08/2011 at 6:24 PM
    • Reply

    gua masih lg x mampu nak beli honda klas c ni..
    meskin tegar.. nak kaya jer brg naik harga.. jd miskin balik…
    apala nasib badan…

    • yuri on 05/08/2011 at 10:06 PM
    • Reply

    nk beli honda ex5 pon pk belas2 kali
    honda==mahal…

  2. bro rasa nya la keter honda ni akan ada di pasaran malaysia tak one day

  3. Pantai dalam

    Gua tak rasa kereta ni akan penetrate ke msian market tp as grey import mungkin ada tapi rega mcm beca enjin ferarri tqqqqqq

    • Alteja on 08/08/2011 at 8:20 AM
    • Reply

    Aku tak pikir kereta ni akan masuk dalam market biasa melainkan recon. Recon pun mahal der (pinjam kata BAiii dlm MK Ogos’11)

  4. Gua minat giler dgn Honda…cuma mampu pakai Honda EX5 jer…tu pun dah kena rembat dgn mamat lahabau mane ntah…Ilang jumpe balik…pastu dah siap repair ilang balik…aduhai…malang sungguh nasibku…

    • Alteja on 08/08/2011 at 12:05 PM
    • Reply

    CaparZo
    Aku cadang ko tukar Honda Cagiva70 (C70). Tu susah hilang.
    Member aku parking tinggal kunci kat stesyen LRT & pegi shoping berjam-jam tak hilang. Disentuh pun tidak….

  5. Alteja…gua ade sebijon C50 tu kat kpg…rare giler beb…gear satu tekan blkg…tak berani nak bwk KL…ade org offer RM3k gua tak jual…sayang beb

    • Alteja on 09/08/2011 at 8:11 AM
    • Reply

    CaparZo, aku penah tengok orang nak jual C50 siap bikin RM7k tu. Dah tergolong dalam dalam koleksi klasik. Simpan utk pelaburan masa depan…

  6. caparZo

    aduhhh C50? kenapa lu hebahkan kat sini??!! malam ni gua angkut moto lu kat kg lu.. tq

  7. Alteja

    agak2 ada sesiapa tak nak simpan gua dgn rege mahal? gua pun kategori klasik ni kehkehkeh

Leave a Reply to AltejaCancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.