Honda Civic Concept dan Civic Si Concept

Honda Civic Concept

Honda Civic Concept dan Honda Civic Si Concept dipamerkan buat pertama kalinya di Pameran Kereta Antarabangsa Amerika Utara semalam, model konsep yang memberi bayangan Civic generasi kesembilan yang bakal dijual beberapa bulan lagi.

Civic for all people – frasa untuk generasi pertama Civic dan model kesembilan ini masih lagi dipegang di mana pengguna ditawarkan pelbagai opsyen enjin seperti petrol, hibrid dan gas asli.

Civic Concept

Enjin i-VTEC yang digunakan lebih cekap bahan bakar manakala model hibrid dengan sistem IMA nya pula menerima bateri jenis lithium ion. Untuk pemanduan yang lebih jimat, Civic akan menerima teknologi Eco Assist Honda yang memberi panduan karakter pemanduan kepada pemandu. Dari segi keselamatan pula, kesemua varian Honda Civic baharu akan dilengkapkan Vehicle Stability Assist [VSA] sebagai peralatan standard.

Civic Si Concept

Jika ada yang mengharapkan Civic gantian lebih agresif nampaknya bukan untuk model ini, jika dikaji rekabentuk model Honda, perubahan revolusi hanya akan dibuat selang beberapa generasi. Model ini hanya evolusi dan ini lah identiti Honda dari zaman EF lagi. Dari sisi ianya kelihatan seperti Civic Type R Euro dengan tambahan dua lagi pintu di belakang.

Jujurnya pada sesetengah bahagian rekabentuk Civic generasi kelapan seperti ada yang tidak kena, generasi kesembilan menebus kembali apa yang saya rasa tidak sempurna.

Sumber: Honda

-Mak Uia-

Muhammad

12 Comments

Kata Anda//