Honda Civic 2012

2012 Honda Civic

Pelbagai komen mengenai Honda Civic generasi ke 9, ada yang kata cun, ada yang kata biasa-biasa dan paling ekstrem ada yang kata Honda dah kering idea. Walaupun secara visualnya Civic ini tidak banyak berubah daripada model sebelumnya tetapi itu adalah sifat Honda, kebanyakan model hanya dievolusikan dan bukan revolusi.

Selain daripada itu, rekaan-rekaan lama masih dikitar semula untuk model moden antaranya ialah Civic telur yang menjelma dalam Civic Euro [Type R/Type S], CR-X pada CR-Z dan rekaan ikonik sepanjang zaman iaitu Civic EF pada Jazz dan Odyessey RB2 dan RB3.

2012 Honda Civic

Civic generasi ke 9 USDM [US domestic model] dipasarkan dengan pelbagai sesaran enjin, ada 1.5 Hybrid, ada 1.8 HF dan 2.4 Si yang mana kesemuanya jenis i-VTEC. Memandangkan masyarakat dunia sekarang ini semakin sedar untuk menjaga alam sekitar, Honda memasang teknologi Eco Assist pada kedua-dua model 1.8 HF dan 1.5 Hybrid. Teknologi ini berfungsi dengan memberi indikator gaya pemanduan kepada pemandu.

2012 Honda Civic

Varian paling berkuasa ialah Civic Si dengan dua jenis badan iaitu 2 atau 4 pintu. Civic Si dikuasakan oleh enjin 2.4 liter dengan transmisi 6 kelajuan manual. Enjin baharu ini mempunyai kuda sebanyak 200 ekor dan tork 170 foot-pound.

Setakat ini Civic Si adalah pemegang rekod paling berkuasa tetapi boleh dipadam dengan senang kalau ada Civic Type-R. Itu pun kalau Honda into lagi nak buat kereta laju.

Sumber: Honda

-Mak/d Uia-

Civic HF, Sedan, Coupe and Natural Gas Specifications

  • 140 horsepower, 1.8-liter i-VTEC™ 4-cylinder engine
  • 5-speed automatic transmission
  • ECO Assist technology
  • EPA-estimated Civic HF highway fuel economy: 41 mpg
  • EPA-estimated Civic Sedan and Civic Coupe highway fuel economy: 39 mpg

Civic Hybrid Specifications

  • 110 horsepower, 1.5-liter i-VTEC™ 4-cylinder engine (combined gasoline + electric)
  • Continuously Variable Transmission (CVT)
  • Lithium-ion battery
  • ECO Assist technology
  • EPA-estimated Civic Hybrid city/highway combined fuel economy: 45 mpg

Civic Si Specification

  • 200 horsepower and 170 lb-ft, 2.4-liter i-VTEC™ 4-cylinder engine
  • 6-speed manual transmission
  • EPA-estimated Civic Si highway fuel economy: 31 mpg

Muhammad

10 Comments

  1. selalunya honda mcm nie la,mula2 intro nmpak biasa-biasa saja,cuba tngok bila mugen buat keje diorang,dah tu kluar pulak the ultimated type r,meleleh-leleh air org tngok….

Kata Anda//